udang masak sos

Udang merupakan salah satu makanan laut yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Tapi kadangkala tiada idea nak masak apa menggunakan udang kan? Apa kata jom cuba buat udang masak sos ini.

Cara membuatnya juga sangat mudah dan tak renyah, 10 minit dah siap masak. Jom lihat cara-caranya di bawah.

Cara Buat Udang Masak Sos

udang masak sos

Bahan-bahan:

  • 500g udang
  • 1 biji bawang merah**
  • 2 ulas bawang putih**
  • ¼ inci halia**
  • 10 tangkai cili kering**
  • 2 sdb sos tiram
  • 1 sdb sos tomato
  • 3 sdb sos cili

udang masak sos

Cara-cara:

1. Kisar halus bahan bertanda (**).

2. Tumiskan bahan yang dikisar halus tadi. Tumis sampai pecah minyak.

3. Bila dah pecah minyak, masukkan air lebih kurang 1/4 cawan.

udang masak sos

4. Masukkan segala aneka sos tadi ya. Biarkan kuah sedikit memekat.

5. Masukkan udang.

6. Kalau suka boleh masukkan bawang hiris. Tak suka kalu abaikan.

7. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Gaulkan semua sampai udang Masak. Matikan api.

8. Siap untuk dihidang, selamat mencuba!

udang masak sos

Kredit: Umie Watie

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN