Bubur Ashura Utara

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 10 Orang

Bagaimana cara nak masak Bubur Ashura Utara?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • ½ cawan kacang hijau (Direndam 1 jam) 
  • 2 ketul ubi keledek (Dipotong dadu)
  • ½ biji kecil labu kuning (Dipotong dadu)
  • 3 biji pisang nangka (Dipotong dadu)
  • 2 tongkol jagung (Diambil isinya) 
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan santan 
  • ½ tin kacang merah 
  • 10 ulas cempedak (Dibuang biji) 
  • Sedikit garam
Bahan B
  • 1 cawan gula merah 
  • 1 cawan gula pasir 
  • 1 cawan air 
  • 4 helai daun pandan (Disimpul)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masakkan semua bahan B sehingga mendidih. Tapiskan. 
  2. Di dalam periuk lain, rebuskan kacang hijau dengan 2 cawan air sehingga lembut dan agak kering airnya. 
  3. Rebuskan keledek, jagung dan labu sehingga lembut. 
  4. Masukkan semua bahan ke dalam kuali dan kacau sebati. 
  5. Masakkan di atas dapur menggunakan api sederhana sambil sentiasa 
    mengacau supaya tidak hangus sehingga kental. 
  6. Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan. 
  7. Potong kecil dan hidangkan.

Leave a comment