Badak Berendam

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 6 Orang

Bagaimana cara nak masak Badak Berendam?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 2 cawan tepung pulut 
  • 1 cawan air 
  • 8 helai daun pandan (Dikisar & ditapis)
Bahan B (Inti)
  • 1 cawan kelapa parut 
  • 1 cawan gula merah
  • ½ cawan gula pasir 
  • ½ cawan air 
  • 2 helai daun pandan (Disimpul) 
  • 2 cawan santan pekat 
  • Sedikit garam

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bancuh tepung pulut bersama air tapisan daun pandan sehingga 
    menjadi doh yang lembut. 
  2. Bagi membuat inti, masak kelapa parut bersama gula merah, gula 
    pasir, air, dan daun pandan sehingga pekat. 
  3. Bentukkan doh menjadi bulat dan isikan inti di dalamnya. 
  4. Letakkan doh berinti di dalam loyang dan tuang santan pekat 
    yang digaulkan dengan garam.  
  5. Kukuskan selama 30 minit ataupun sehingga masak.

Leave a comment