Ayam Herba dan Tomato

Kategori: Resipi Ringkas, Eksotik
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Kami di Heinz percaya makanan hebat adalah hidangan dari rumah. Masa penyediaan lebih kurang 20 minit dan jangkaan masa memasak pula adalah 50 minit.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 biji bawang dihiris, saiz sederhana
  • 2 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 sudu kecil daun rosemary kering
  • ½ sudu teh daun selasih kering
  • ½ sudu kecil daun thyme kering
  • 2 sudu besar minyak sayuran
  • 450g tomato, toskan, potong menjadi kepingan saiz kecil
  • 180g Heinz Tomato Ketchup
  • 1 sudu besar gula perang
  • ½ sudu kecil garam
  • lada putih secukup rasa
  • 1.4kg kepingan ayam, yang sudah dicampur dengan air dan tepung jagung

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan herba bersama minyak di dalam kuali besar.
  2. Kacau bersama tomato, Heinz Tomato Ketchup, gula merah, garam dan lada putih
  3. Masukkan ayam dan masak sehingga mendidih
  4. Kecilkan api dan reneh sekali sehingga ia masak. Tutup kuali selama 45 hingga 50 minit atau sehingga ayam lembut
  5. Pekatkan sos dengan campuran tepung jagung dan air. Siap untuk dihidang

Leave a comment