Asam Pedas Ayam

Kategori: Nusantara, Masakan Indonesia
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

My mum's recipe


Bahan-bahan diperlukan:

  • 8 ketul ayam
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 labu bawang besar (ditumbuk)
  • Lengkuas (sebesar ibu jari - diketuk sedikit)
  • 2 biji kentang (dipotong 4 setiap satu)
  • 2 batang serai (diketuk sedikit)
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Air asam jawa secukupnya
  • Gula
  • Garam
  • Sos tiram
  • Air secukupnya
  • Beberapa helai daun limau purut

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Dalam kuali.. panaskan minyak dan tumis bawang putih & bawang besar yang ditumbuk tadi sehingga agak garing.
  2. Masukkan lengkuas & serai & terus kacau hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan pula cili kisar.. tumis sampai garing & masukkan serbuk kunyit.. kacau rata.
  4. Masukkan ayam.. gaul sekejap dalam kuali & terus masukkan kentang & air.
  5. Biarkan kentang empuk dulu.. kemudian masukkan air asam jawa & perasakan dengan sedikit sos tiram, garam & gula.
  6. Tunggu hingga mendidih & biarkan lama sedikit atas api.
  7. Akhir sekali.. sebelum api ditutup.. carik2 kan daun limau purut tadi & gaul sekejap & siap dihidang.

Leave a comment