nasi lemuni

Pasti ramai yang belum pernah mengenali dan merasai hidangan bernama ‘nasi lemuni’ bukan? Nasi ini boleh dikatakan sangat terkenal di kawasan utara Malaysia.

Nasi ini diperbuat dari daun lemuni yang merupakan sejenis daun herba yang berwarna ungu dan hijau serta penuh dengan khasiat.

Cara penyediaannya pula sama seperti membuat nasi lemak. Nasi dimasak dengan santan serta dimakan dengan sambal tumis, ikan bilis, timun dan telur rebus. Yang berbeza cuma dari segi nasinya yang ditambah dengan daun herba lemuni.

Apabila nasi sudah siap dimasak, ia akan bertukar kepada warna kelabu dan mempunyai aroma yang sangat wangi. Memang cukup sedap!

Kalau ada yang mahu mencubanya, boleh ikuti resipi yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Hazirah Zaihan. Selamat mencuba!

Baca juga: Jom Buat Sendiri Set Lengkap Nasi Daging, Luar Kedah Susah Nak Jumpa Yang Betul-Betul Sedap!

RESEPI NASI LEMUNI

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Daun lemuni
  • Bawang merah (hiris halus)
  • Halia (hiris halus)
  • 6 cawan beras
  • Rempah 3 sekawan
  • Halia
  • Garam
  • Gula
  • Daun pandan

Cara memasak:

1. Mula-mula, kisar daun lemuni bersama air. Air jangan terlalu banyak dan jangan terlalu kurang.

2. Apabila siap dikisar, tapiskan untuk ambil airnya sahaja. Daun yang ditapis boleh disimpan sedikit untuk digunakan nanti.

nasi lemuni

3. Basuh bersih 6 cawan beras dan tapiskan. Masukkan ke dalam periuk nasi dan letakkan juga rempah 3 sekawan, bawang, halia, garam dan gula.

4. Selepas itu, tuangkan santan dan air daun lemuni yang sudah dikisar dan ditapis tadi. Tuang air sampai garis 8 sahaja. Kalau santan pekat, tambahkan air. Masukkan juga 1 sudu daun yang ditapis tadi. 

5. Masukkan daun pandan dan kacau sampai sebati seperti dalam gambar. Kemudian, masak nasi seperti biasa. Kacau sesekali supaya nasi masak dengan sekata.

6. Apabila sudah siap, warna nasi akan menjadi seperti ini. Boleh dimakan dengan sambal tumis, ikan bilis, timun dan telur rebus. Macam makan nasi lemak.

7. Sedap rasa lemak berkrim dan disukai ramai. Jangan risau, tak rasa pahit sama sekali. Selamat mencuba!

nasi lemuni

Kredit resipi dan gambar: Hazirah Zaihan

Baca juga: Cara Masak Nasi Tomato Paling Simple, Resipi Turun-Temurun Yang Memang Surrr!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN