Asam Pedas Ikan Dan Nanas

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Masakan baba dan nyonya.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 3 - 4 ekor ikan kembong, kalau dapat yang segar, dibersihkan
  • 1 cawan cili kisar
  • 3 ulas bawang putih*
  • 6 biji bawang merah kecil*
  • 1/2 cm halia *
  • 1 keping hirisan lengkuas*
  • 3 biji buah keras*
  • Belacan sebesar ibu jari (boleh juga diganti dengan kiub ikan bilis pada mereka yang alergi pada belacan)*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1/2 camca teh garam kasar*(*dimasukkan ke dalam lesung batu dan tumbuk hingga betul-betul lumat)
  • 2 kuntum bunga kantan, dibelah 2
  • 1 biji nanas sederhana besar, seeloknya yang masak dan manis
  • 1 camca besar asam jawa, dibancuh dengan 1 cawan air, ramas dan tapis jusnya
  • Sedikit gula dan serbuk perasa (jika suka)
  • Minyak untuk menumis

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Nanas dikupas kulitnya dan belah 4. Buang empulur dan potong menyerong setiap belahan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/2 cawan). Tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar dan terus menumis hingga terbit minyak.
  3. Masukkan nanas dan kacau goreng dalam rempah-rempah tadi sebentar. Tuangkan sedikit air (ini bergantung pada masing-masing). Biarkan mendidih dan masukkan ikan dan bunga kantan tadi.
  4. Perlahankan api dan masukkan jus asam jawa dan biar mendidih. Rasa kuahnya. Jika kurang garam boleh lah ditambah dengan sedikit lagi garam. Masukkan sedikit gula dan serbuk perasa jika suka.
  5. Biarkan mendidih 5 minit lagi dan boleh lah dimatikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan ulam-ulam sampingan.

Leave a comment