Kek Ubi Kayu

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Kek yg gebu & rasa yang unik - favourite seisi keluarga. Juga sambutan luarbiasa di office. Resipi dari Mesra.net


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1½ cawan (375g) Mentega
  • 1½ cawan Gula Halus
  • 5 biji Telur
  • 1½ cawan Tepung
  • ½ tin Susu manis
  • 1 sudu makan Baking Powder
  • 3 cawan Ubikayu (sagat & tapis)
  • 1 sudu makan Vanilla

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Pukul Mentega & Gula sehingga kembang. Masukkan Telur satu-persatu sambil di pukul. Masukkan Tepung, Susu pekat, Baking Powder sambil di pukul. Masukkan Ubikayu & akhir sekali Vanilla. Sedikit pewarna kuning jika suka.
  2. Bakar 175 Celcius, selama 45-50 minit sehingga masak.

Leave a comment