Buah Melaka

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Mudah sahaja.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 10 helai daun pandan - kisar dan ambil airnya
  • 2 ketul gula melaka
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 biji kelapa parut - ambil putihnya sahaja
  • Secubit garam - digaulkan bersama kelapa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bancuh tepung bersama air daun pandan sehingga boleh diuli serata lembut. Pastikan adunan tidak terlalau lembik dan keras (agak-agak boleh dicubit).
  2. Cubit adunan sebesar guli, masukkan gula melaka yang telah dipotong kecil-kecil ditengah-tengah adunan, bulatkan dan pastikan menutupi keseluruhan gula.
  3. Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih. Ulang sehingga 5-6 ketul.
  4. Bila bebola timbul, bolehlah diangkat dan ditapis sebentar sebelum digaul dengan kelapa.

Leave a comment