Kueh Lapis Nyonya

Kategori: Asian, Masakan Cina
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Khas dari dapur Baba dan Nyonya Melaka.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 100 g tepung beras*
  • 100 g tepung sagu* (*disatukan dan diayak)
  • 200 g gula pasir
  • 250 ml air
  • 360 ml santan pekat
  • 3 helai daun pandan
  • Sedikit pewarna merah dan hijau

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masak gula bersama air dan 2 helai daun pandan. Biar hingga gula larut. Sejukkan dan tapis. Ketepikan.
  2. Dengan menggunakan pengacau, kacau tepung bersama santan sehingga rata, masukkan air gula tadi. Gaul hingga sebati dan tapis adunan.
    Data
  3. Bahagikan kepada 3 bahagian yang sama banyak. Warnakan satu dengan warna hijau, satu lagi warna merah dan biarkan satu lagi warna asal (putih).
    Open uri20151010 29872 7i18te
  4. Panaskan kukusan, masukkan baki 1 helai daun pandan tadi ke dalam air kukusan. Sapu tin kek dengan sedikit marjerin pada dasar dan tepi. Panaskan tin dalam kukusan terlebih dahulu (lebih kurang 5 minit).
  5. Bahagi adunan putih kepada dua bahagian yang sama banyak. Tuang adunan putih ke dalam tin yang telah dipanaskan tadi (tanpa mengeluarkan tin dari kukusan). Tutup dan kukus 5 minit dengan api besar. Kemudian buat kaedah sama untuk warna hijau, kukus 5 minit lagi dan kemudian sama juga untuk warna merah. Resipi ini akan menghasilkan 6 lapisan iaitu putih, hijau, merah, putih, hijau dan merah (akhir). Untuk lapisan terakhir (merah) kukus 10 minit. Tujuan untuk menerbitkan minyak dari santan supaya kuih nampak berkilat. Bila masak biarkan betul-betul sejuk baru dipotong. Selamat mencuba....
    Open uri20151010 29872 9q8igk

Leave a comment