Biskut Suji

Kategori: Asian, Masakan Jepun
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Resepi turun-temurun menggunakan tepung suji. Sesuai dijadikan sebagai biskut raya. :)

Bahan-bahan diperlukan:

• 3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung suji
1 cawan gula aising
Minyak sapi secukupnya
Ceri untuk hiasan

Cara menyediakan dan memasak:

1. Tepung gandum diayak terlebih dahulu. Kemudian campurkan dengan tepung suji dan gula aising.
2. Gaul rata. Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga boleh membentuk bola-bola kecil.
3. Bulat-bulatkan doh kemudian susun di loyang dan letak hirisan ceri kecil di atasnya. Kalau nak buat corak lain pun boleh juga. Terap doh dengan acuan seperti bunga, rama-rama atau heart.
4. Bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian. Selamat mencuba! :)

Leave a comment