Crab Rangoon

Kategori: Resipi Ringkas, Resipi Bujang
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Selalunya didapati di restoran Cina!


Bahan-bahan diperlukan:

  • 125 gm keju krim Philladelphia, dibiarkan di suhu bilik
  • 10 keping jejari ketam, rebus dan cincang
  • Sedikit daun bawang, dicincang
  • Garam dan gula, secukup rasa
  • Kulit wantan, secukupnya
  • Air
  • Minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Campurkan keju, jejari ketam, daun bawang, garam dan gula sehingga sebati.
  2. Ambil satu sudu kecil campuran tadi ke atas sekeping kulit wantan.
  3. Lipatkan ia supaya menjadi bentuk 3 persegi. Gunakan air untuk gamkan kelilingnya.
  4. Setelah selasai, bolehlah panaskan minyak dan goreng wantan ketam itu.
  5. Sedap dimakan cicah dengan sos cili dan mayonis.

Leave a comment