Siapa yang tak hantu durian, kan? Lagi-lagi kalau dapat makan Raja Buah gred premium macam Musang King. Disebabkan penangan rasanya yang lemak manis dan berkrim Itu, ada yang sanggup bungkus rapi-rapi semata-mata nak bawa balik ke luar negara untuk ubat rindu.
Namun, malang bagi seorang wanita ini apabila hajatnya nak membawa bawa pulang durian Musang King ke Arab Saudi berakhir dengan kekecewaan di lapangan terbang.
Baca juga: Wanita Kecewa Beli Buah Manggis ‘Online’, Bila Buka Kotak Hanya Tinggal Sisa Kulit Saja!
Menerusi perkongsiannya di aplikasi Threads, wanita tersebut meluahkan rasa sedih yang amat sangat selepas dimaklumkan bahawa tiga bekas berisi isi durian Musang King miliknya tidak dibenarkan untuk dibawa menaiki pesawat.
Menurutnya, dia bukannya bawa masuk durian itu ke dalam kabin (hand-carry), sebaliknya dia dah bungkus elok-elok dan letakkan di dalam bagasi daftar masuk (check-in baggage).
“Sedih sangat-sangat dekat airport sekarang ni… Tiga bekas isi Musang King kena tinggal. Ingatkan kalau letak dalam luggage (bagasi) lepas,” luahnya kecewa.
Jelas wanita itu lagi, dia teringin sangat nak bawa pulang buah tersebut ke Arab Saudi kerana tidak berpeluang menikmati durian dengan secukupnya sepanjang tempoh dia bercuti di Malaysia. Jadi, niatnya hanyalah sekadar “nak buat rasa-rasa” apabila dah sampai di sana nanti.
Apa yang membuatkan dia ralat dan pelik, dia mendakwa sebelum ini tidak pernah berdepan dengan masalah sedemikian. Malah, dia menyangka peraturan larangan membawa durian hanya terpakai untuk beg yang dibawa masuk ke dalam kabin sahaja.
“Selalunya kalau letak dalam luggage lepas, bukannya bawa naik atas (kabin). Tapi kali ini memang tak lepas langsung,” katanya lagi.
Akibatnya, tiga bekas durian yang sarat dengan isi kuning keemasan itu terpaksa ditinggalkan begitu sahaja di lapangan terbang. Kempunanlah nampaknya nak makan Musang King di perantauan!
Sumber: DailyMakan
Setiap orang pastinya mempunyai gambaran tersendiri tentang rumah idaman, termasuk reka bentuk ruang dapur yang…
Kalau mencari pencuci mulut yang mudah disediakan dan tidak memerlukan banyak bahan, bolehlah cuba dadih…
Cara buat puding labu ini sesuai untuk ibu yang mencari idea pencuci mulut homemade untuk…
Kalau selalu makan pasta dengan sos carbonara atau bolognese, apa kata kali ini cuba kelainan…
Dah beli telur ikan mayong tetapi masih belum ada idea nak masak apa? Atau mungkin…
Kalau sedang mencari idea hidangan untuk sarapan atau minum petang, boleh cuba buat apam kampung…