coklat berulat

Bagi ibu bapa yang ada anak kecil, bab makanan ini memang kita kena ekstra sensitif. Baru-baru ini, tular satu perkongsian daripada seorang lelaki di media sosial yang hampir-hampir memberi coklat berulat kepada anaknya.

Menurut kiriman tersebut, anaknya mahu makan sejenis coklat bar terkenal yang dibeli. Mujurlah si ayah meminta isterinya untuk membuka bungkusan coklat berkenaan terlebih dahulu sebelum diberi kepada anaknya.

Siapa sangka, mata tajam si ibu berjaya mengesan sesuatu yang pelik pada permukaan coklat tersebut. Rupa-rupanya, terdapat ulat kecil yang masih hidup dan bergerak-gerak di dalam lubang kecil pada coklat itu!

Baca juga: Wanita Terkejut Inti Karipap Dipenuhi Kulat Hijau, Katanya Dibeli Di Pasar Terkenal Pantai Timur?

LAGI KES COKLAT BERULAT, NASIB BAIK TAK SEMPAT MAKAN!

coklat berulat

“Anak nak makan coklat, nasib baik suruh mak dia yang bukakan. Mata mak dia memang tajam nampak ulat dok dalam lubang dekat coklat tu. Hidup lagi dok bergerak…” luah lelaki berkenaan dengan nada geli dan kecewa.

Menjengah ke ruangan komen, rupa-rupanya isu ini bukanlah kali pertama berlaku. Beberapa netizen lain turut berkongsi pengalaman yang sama dan mendakwa pernah terkena situasi serupa apabila membeli coklat dari jenama terbabit.

Mak Ayah, Amal 3 Tips Ini Sebelum Beri Anak Makan Coklat

Benda dah nak jadi, tapi kita boleh beringat. Lepas ni, sebelum bagi anak makan apa-apa jenis coklat, pastikan anda buat langkah-langkah ini:

  1. Patah-patahkan Coklat Terlebih Dahulu
    Jangan biasakan anak terus gigit dari bar besar. Patahkan coklat menjadi bahagian kecil dan belek bahagian bawah serta dalam coklat (terutamanya jika coklat itu jenis berlubang atau berbuih).
  2. Periksa Keadaan Bungkusan
    Sebelum beli, pastikan plastik coklat tidak kembung, tidak koyak dan tiada kesan gam yang terbuka.
  3. Simpan Dalam Peti Sejuk Jika Dah Buka
    Kalau coklat tak habis dimakan, jangan biarkan terdedah di atas meja. Simpan dalam bekas kedap udara dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk mengelakkan serangga datang hurung.

Kesimpulannya, tak kiralah apa pun jenama coklat yang kita beli, faktor kebersihan dan penelitian sebelum makan adalah tanggungjawab kita sendiri. Paling penting, sentiasa pantau apa yang anak-anak kita masukkan ke dalam mulut!

Pernah tak anda melalui pengalaman ngeri macam ni? Cuba kongsi di ruangan komen social media MyResipi!

Sumber: Thread

Baca juga: RM26 Sebekas Tapi Tetap Jadi Rebutan, Nasi Ayam Jualan Ibu Neelofa Raih Pelbagai Reaksi Netizen

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN