
Zaman sekarang semuanya di hujung jari. Nak makan buah-buahan bermusim pun tak payah susah-susah ke pasar, order saja secara atas talian dan tunggu depan pintu rumah. Namun, bagi yang gemar beli buah manggis menerusi platform digital, kisah yang tular baru-baru ini mungkin boleh dijadikan pengajaran.
Baru-baru ini, tular satu perkongsian di media sosial mengenai seorang wanita yang berdepan detik mengecewakan apabila buah manggis yang dipesannya melalui sebuah platform e-dagang tidak seperti yang diharapkan.
Beli Buah Manggis ‘Online’ Tapi Yang Sampai Hanya Kulit
Menurut wanita berkenaan, bungkusan buah manggis tersebut baru sahaja diterimanya. Namun, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati ada di antara buah manggis tersebut rupa-rupanya hanya tinggal kulit sahaja tanpa sebarang isi di dalam.
Kejadian aneh tapi nyata itu membuatkan dia rasa ralat dan tertanya-tanya sama ada buahnya telah ‘dikebas’ oleh pihak kurier ketika dalam proses penghantaran, ataupun dia sememangnya ditipu oleh pihak penjual sejak awal lagi.
“Beli manggis kat online shop, baru sampai dah tinggal kulit,” luahnya ringkas namun penuh kekecewaan.

Menjenguk ke ruangan komen, hantaran tersebut telah menarik perhatian ramai netizen. Rata-ratanya terhibur tetapi dalam masa yang sama bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita tersebut.
Lebih mengejutkan, rupa-rupanya ramai juga yang pernah terkena taktik atau nasib yang sama apabila membeli barang makanan secara atas talian.
“Saya dah pernah kena barang dah kena usik dan kurang. Terus saya ambil gambar dan video serta minta refund daripada seller. Biar seller uruskan dengan syarikat kurier penghantaran,” tulis seorang pengguna.
Sumber: Thread
Baca juga: Suasana Rembayung Tiba-Tiba Kecoh & ‘Huru-Hara’, Khairul Aming Tampil Dedah Punca Sebenar
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














