Brownies 3 bahan kini menjadi antara resipi paling viral di media sosial kerana hanya menggunakan bahan yang ringkas dan mudah didapati. Lebih menarik, ia tidak memerlukan oven kerana hanya dimasak menggunakan air fryer, menjadikannya pilihan sesuai untuk sesiapa yang mahukan pencuci mulut yang cepat dan mudah.
Perkongsian resipi ini mencuri perhatian ramai kerana hasilnya tetap lembut, gebu dan mempunyai rasa coklat yang kaya walaupun hanya menggunakan tiga bahan utama. Sesuai dijadikan hidangan minum petang atau pencuci mulut untuk seisi keluarga.
Bahan-bahan:
Cara-cara Penyediaan:
1. Masukkan serbuk minuman coklat malt, telur dan susu pekat manis ke dalam mangkuk.
2. Kacau atau pukul sehingga semua bahan sebati dan adunan menjadi licin tanpa ketulan.
3. Tuangkan adunan ke dalam loyang atau bekas yang sesuai digunakan di dalam air fryer.
4. Panaskan air fryer terlebih dahulu jika perlu.
5. Masak pada suhu 170°C selama 20 minit.
6. Setelah masak, keluarkan brownies dan biarkan sejuk selama beberapa minit sebelum dipotong.
Tips Buat Brownies 3 Bahan Lebih Sedap
Dengan hanya tiga bahan dan masa memasak sekitar 20 minit, resipi ini memang sesuai disimpan sebagai pilihan apabila teringin menikmati brownies homemade tanpa perlu menggunakan oven. Ringkas, cepat dan sedap, tidak hairanlah ia menjadi antara resipi yang mendapat perhatian ramai di media sosial.
Selamat mencuba!
Sumber: na6neem
Baca juga: Cara Buat Kek Butter Gebu Dan Cantik, Guna Pure Butter Memang Lebih Wangi
Setiap orang pastinya mempunyai gambaran tersendiri tentang rumah idaman, termasuk reka bentuk ruang dapur yang…
Kalau mencari pencuci mulut yang mudah disediakan dan tidak memerlukan banyak bahan, bolehlah cuba dadih…
Cara buat puding labu ini sesuai untuk ibu yang mencari idea pencuci mulut homemade untuk…
Kalau selalu makan pasta dengan sos carbonara atau bolognese, apa kata kali ini cuba kelainan…
Dah beli telur ikan mayong tetapi masih belum ada idea nak masak apa? Atau mungkin…
Kalau sedang mencari idea hidangan untuk sarapan atau minum petang, boleh cuba buat apam kampung…