musang king

Siapa yang tak hantu durian, kan? Lagi-lagi kalau dapat makan Raja Buah gred premium macam Musang King. Disebabkan penangan rasanya yang lemak manis dan berkrim Itu, ada yang sanggup bungkus rapi-rapi semata-mata nak bawa balik ke luar negara untuk ubat rindu.

Namun, malang bagi seorang wanita ini apabila hajatnya nak membawa bawa pulang durian Musang King ke Arab Saudi berakhir dengan kekecewaan di lapangan terbang.

Baca juga: Wanita Kecewa Beli Buah Manggis ‘Online’, Bila Buka Kotak Hanya Tinggal Sisa Kulit Saja!

Niat Bawa Durian Musang King Dalam ‘Check-In Baggage’ Gagal

musang king

Menerusi perkongsiannya di aplikasi Threads, wanita tersebut meluahkan rasa sedih yang amat sangat selepas dimaklumkan bahawa tiga bekas berisi isi durian Musang King miliknya tidak dibenarkan untuk dibawa menaiki pesawat.

Menurutnya, dia bukannya bawa masuk durian itu ke dalam kabin (hand-carry), sebaliknya dia dah bungkus elok-elok dan letakkan di dalam bagasi daftar masuk (check-in baggage).

“Sedih sangat-sangat dekat airport sekarang ni… Tiga bekas isi Musang King kena tinggal. Ingatkan kalau letak dalam luggage (bagasi) lepas,” luahnya kecewa.

Jelas wanita itu lagi, dia teringin sangat nak bawa pulang buah tersebut ke Arab Saudi kerana tidak berpeluang menikmati durian dengan secukupnya sepanjang tempoh dia bercuti di Malaysia. Jadi, niatnya hanyalah sekadar “nak buat rasa-rasa” apabila dah sampai di sana nanti.

Ingatkan Boleh Lepas Kalau Bukan ‘Hand-Carry’

Apa yang membuatkan dia ralat dan pelik, dia mendakwa sebelum ini tidak pernah berdepan dengan masalah sedemikian. Malah, dia menyangka peraturan larangan membawa durian hanya terpakai untuk beg yang dibawa masuk ke dalam kabin sahaja.

“Selalunya kalau letak dalam luggage lepas, bukannya bawa naik atas (kabin). Tapi kali ini memang tak lepas langsung,” katanya lagi.

Akibatnya, tiga bekas durian yang sarat dengan isi kuning keemasan itu terpaksa ditinggalkan begitu sahaja di lapangan terbang. Kempunanlah nampaknya nak makan Musang King di perantauan!

Sumber: DailyMakan

Baca juga: “Nasib Baik Mak Dia Tolong Buka…” – Lelaki Kongsi Detik Cemas Jumpa Ulat Dalam Coklat Anak, Masih Hidup & Bergerak!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN