resepi creme brulee

Resepi creme brulee semakin menjadi pilihan ramai, lebih-lebih lagi apabila pencuci mulut klasik dari Perancis ini digabungkan dengan isi durian yang lemak, manis dan beraroma. Menerusi perkongsian video oleh chefamirgani di TikTok, versi durian ini mencuri perhatian kerana hasilnya kelihatan premium tetapi sebenarnya mudah disediakan di rumah.

Apa yang membuatkan hidangan ini begitu istimewa ialah gabungan lapisan gula karamel yang rangup di bahagian atas dengan kastard durian yang lembut, halus dan berkrim di bahagian dalam. Sesuai dihidangkan sebagai pencuci mulut ketika musim durian atau untuk menjamu keluarga dan tetamu.

Baca juga: Cara Buat Kek Butter Gebu Dan Cantik, Guna Pure Butter Memang Lebih Wangi

RESEPI CREME BRULEE DURIAN

resepi creme brulee

Bahan-bahan:

  • 350 gram isi durian
  • 400 ml whipping cream
  • 5 biji kuning telur
  • 70 gram gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara Penyediaan:

1. Panaskan ketuhar pada suhu sederhana dan sediakan ramekin atau bekas yang sesuai untuk dibakar.

2. Pukul kuning telur bersama gula perang sehingga sebati.

3. Panaskan whipping cream bersama garam dan esen vanila sehingga hampir mendidih, tetapi jangan biarkan ia mendidih sepenuhnya.

4. Tuangkan krim panas sedikit demi sedikit ke dalam campuran telur sambil dikacau berterusan supaya telur tidak menggumpal.

5. Masukkan isi durian ke dalam adunan. Jika mahu tekstur lebih halus, kisarkan isi durian bersama whipping cream terlebih dahulu sebelum dicampurkan.

6. Tuangkan adunan ke dalam ramekin.

7. Susun ramekin di dalam dulang pembakar yang diisi air panas sehingga separuh ketinggian bekas menggunakan teknik bain-marie.

8. Bakar sehingga kastard mengeras tetapi masih sedikit bergoyang di bahagian tengah.

9. Keluarkan daripada ketuhar dan biarkan sejuk pada suhu bilik sebelum disimpan di dalam peti sejuk selama beberapa jam atau semalaman.

10. Sebelum dihidangkan, taburkan sedikit gula di atas permukaan kastard dan karamelkan menggunakan blowtorch sehingga terbentuk lapisan gula yang keras dan rangup.

Tips

  • Gunakan isi durian yang benar-benar masak untuk mendapatkan rasa yang lebih lemak dan manis.
  • Jangan panaskan whipping cream sehingga mendidih kerana ia boleh menjejaskan tekstur kastard.
  • Tuang krim panas secara perlahan sambil dikacau supaya kuning telur tidak masak secara mengejut.
  • Jika tiada blowtorch, gunakan fungsi pemanas atas (broil) dalam ketuhar selama beberapa minit untuk menghasilkan lapisan karamel.
  • Simpan crème brûlée di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 hingga 6 jam sebelum proses karamel dilakukan.
  • Hidangkan sejurus selepas gula dikaramelkan supaya lapisan atas kekal rangup manakala bahagian dalam kekal lembut dan berkrim.

Selamat mencuba!

Sumber: chefamirgani

Baca juga: Cara Buat Mochi Bites Sirap Bandung Yang Lembut, Kenyal Dan Sedap Dicicah Susu Pekat

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN