kek kelapa

Seorang pengguna laman sosial Facebook, Puan Julita Binti Salleh ada berkongsikan satu resipi kek kelapa yang mudah dan sedap.

Uniknya kek kelapa ini adalah ia tidak menggunakan tepung, butter dan tanpa menggunakan mesin.

Menurutnya lagi, resipi tersebut dipelajari dari mak mentuanya yang merupakan warga German. Jom cuba!

RESIPI KEK KELAPA TANPA MESIN, TEPUNG DAN BUTTER

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur
  • 250g cream cheese atau whipping cream 250ml
  • 150g gula
  • 250g kelapa kering
  • Secubit garam
  • Sedikit esen vanilla
  • 5g/7g atau 1 sudu besar baking powder

Cara-cara:

1. Satukan telur, gula, esen vanilla dan secubit garam. Kacau sebati.

2. Kemudian masukkan kelapa kering, kacau sebati.

kek kelapa

3. Kemudian masukkan cream cheese atau whipping cream, kacau sebati dan masukan dalam peti ais selama 30 minit.

5. Selepas 30 minit, keluarkan adunan tadi dari peti ais. Mauskkan baking powder dan kacau rata.

6. Masukkan adunan ke dalam loyang. (sebelum itu sapukan butter pada loyang dan lapik baking paper)

7. Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 170℃ selama 35 hingga 45 minit bergantung pada oven masing-masing.

kek kelapa

8. Taburkan kelapa kering sebagai hiasan.

kek kelapa

Selamat mencuba!

Kredit: Julita Binti Salleh

Baca juga: Jom Buat Bebola Cheese, Tak Perlu Bakar Pun. Cuma Kisar Biskut Marie, Gaul & Sejukkan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN