mi goreng basah pedas

Bagi penggemar mi goreng basah pedas style mamak ini pasti teringin mencuba masak sendiri di rumah kan?  Tapi, bila cuba buat rasanya kurang menjadi, tesktur mi tak lembap dan warnanya kurang naik.

Baca juga: Cara Buat Mee Kuning ‘Homemade’, Lagi Kenyal Dan Jimat! 

Tak perlu risau lagi dah, Cik Puan Shahmlah JD ini telah berkongsi rahsianya cara membuat mi goreng mamak yang pedas dan basah.

Resipi beliau ini telah meraih sehingga 3.5k perkongsian di Facebook tau. Jadi mari cuba buat di rumah!


RESIPI MI GORENG BASAH PEDAS STYLE MAMAK

mi goreng basah pedas mamak

Bahan-bahan:

  • 600g mi kuning
  • 1 Bawang besar
  • 5 Ulas bawang putih dikupas dan dihancurkan
  • 1 Tomato dihiris
  • 3 biji telur saiz besar
  • 2 cili hijau dihiris
  • 2 tauhu dipotong kecil
  • 10 fish ball dipotong separuh
  • Sawi
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar bawang goreng
  • 2 sudu besar kacang tanah goreng dan dikisar kasar
  • 2 cawan air (cawan pengukuran)
  • Garam secukup rasa

Bahan kisar:

  • 8 Ulas bawang putih
  • 1 bawang saiz kecil
  • 15g ikan bilis
  • 5g udang kering
  • 5 cili kering

Cara-cara memasak:

1. Dalam kuali masukkan minyak. Sebaik sahaja minyak panas tambah bawang putih yang dihancurkan dan goreng sehingga aromatik.

2. Kemudian masukkan bawang yang dihiris dan goreng sehingga keperangan.

3. Masukkan tauhu dan bebola ikan. Boleh nak tambah apa-apa bahan-bahan lain seperti udang, sotong, mengikut citarasa sendiri. Goreng bahan-bahan hingga warna keemasan.

4. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan tomato. Kacau hingga sebati.

5. Masak sampai pecah minyak. Sebaik sahaja pecah minyak, tuang 2 cawan air dan biarkan ia mendidih.

6. Sebaik sahaja ia mula mendidih tambah telur. Biarkan sebentar dan kacau perlahan-lahan.

7. Kemudian tambah mi, sos tiram, kicap pekat dan garam secukup rasa. Garam biar kurang sikit dari biasa sebab ada udang kering dan ikan bilis dalam bahan-bahan yang dikisar tadi.

8. Kacau hingga sebati dan biarkan hingga mi masak.

9. Sebaik sahaja mi telah masak dan air sudah berkurangan, masukkan bawang goreng, cili hijau dan kacang tanah yang telah dikisar. Kacau hingga sebati.

10. Sedia untuk dihidangkan.


Ringkas dan mudah je kan? Boleh juga dijadikan idea untuk sarapan pagi, minum petang ataupun sahur. 

Terima kasih kepada Cik Puan Shahmlah JD kerana sudi berkongsi resipi dan step by step supaya orang lain juga boleh mendapat mi goreng style mamak yang sedap.

Selamat mencuba! 

Baca juga: Dry Chilli Pan Mee, Lelaki Ini Kongsi Cara Sedap Masak, Ikut Resipi Di Sini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN