popia sira

Ada rahsianya kalau nak buat popia sira yang rangup walaupun dah sejuk. Popia tetap tak jadi lembik walaupun dah tambah air pada sambal.

Nak tahu bagaimana caranya? Ikut saja resipi dan cara penyediaan yang telah dikongsikan oleh Zurr Izaty Zolkepli di bawah.

Rahsia Popia Sira ‘Krupp Krapp’ Sampai Petang

Bahan A:

  • 1 plastik kulit popia (50 keping)

Bahan B (inti):

  • RM2 taugeh
  • 2 batang lobak (hiris panjang dan tapis air)

Inti tak perlu masak, cukup basuh dan toskan.

Bahan C:

  • Segenggam cili kering 668(pedas)
  • ATAU Segenggam cili kering kelantan(warna merah cantik)

Gunting cili kering dan kisar dengan air.

Cara-cara penyediaan:

  1. Balut popia dengan inti sayur. Lipat macam biasa. Guna air atau bancuhan 1 sudu besar tepung gandum untuk lekatkan popia.
  2. Goreng popia menggunakan api sederhana sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.
  3. Untuk buat sambal pula, masak cili kisar tadi dengan minyak sampai betul-betul pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan 3 sudu besar gula batu dan 6 sudu besar gula pasir. (INI LAH RAHSIANYA, WAJIB ADA GULA BATU)
  5. Kacau sehingga berbuih-buih. Boleh tambah garam atau cuka setitik dua untuk seimbangkan rasa sos sira. (Kalau sambal mengeras, tambah sedikit air dan akan lihat semula)
  6. Bila dah berbuih, tutup api dan terus masukkan popia. Jangan masuk waktu sos sira sejuk sebab sos akan mengeras dan susah bersalut dengan popia.
  7. Selepas dah siap gaul, taburkan bijan. Masukkan dalam bekas dan tunggu sehingga sejuk sebelum ditutup sebab nanti berwap dan popia jadi lembik.

Selamat mencuba!

popia sira

Kredit: Zurr Izaty Zolkepli

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN