lilin pada buah

Buah-buahan seperti anggur yang diimport dari luar negara kebiasaannya disalut dengan lilin pada buah bagi memastikan buah-buahan tersebut kekal segar dan tahan lama.

Lilin tersebut berfungsi menjadikan kulit luar buah-buahan kelihatan segar serta melindungi buah dari serangan kulat yang boleh menyebabkan buah busuk.

Oleh sebab itu, anda harus mencuci buah-buahan dengan teliti bagi menghilangkan kesan wax tersebut. Ada cara mudah untuk menghilangkan kesan lilin yang boleh anda cuba. Baru dijamin lagi bersih sebelum dimakan.

Cara Mudah Membersihkan Kesan Lilin Pada Buah Anggur

Bahan-bahan:

  • Anggur
  • Tepung gandum
  • Bekas

Cara-cara:

1. Masukkan buah anggur dalam bekas, gunting tangkai anggur supaya lebih senang nak cuci.

2. Masukkan tepung gandum, tambahkan sedikit air sambil gaul dan gosokkan tepung pada buah. Biarkan sekejap dalam 5 minit, kemudian boleh dibilas bersih.

Kredit: Rohimatul Mat Yussuf

Baca juga: Petua Rebus Telur Supaya Mudah Untuk Dikupas & Cantik Tanpa Cacat Cela

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN