udang bakar madu

Siapa yang belum pernah cuba makan Udang Bakar Madu ini, memang wajib cuba sekali seumur hidup rasa udang perapan ini. Paling penting, ratah lauk macam itu saja pun dah nikmat!

Nak buat menu ini senang saja sebenarnya. Sebelum ini, biasa dengan ayam perap, kambing perap, daging perap kan. Sesekali boleh cuba buat udang perap pula.

Baca juga: Udang Creamy Tuscan, Resipi Viral Lebih 13K Shares, Sesuai Untuk Menu Keto Diet

Untuk yang suka makan udang dan makanan laut ini, 1kg buat memang tak cukup lah jawabnya. Nak-nak pula kalau ada anak ramai, berebut-rebut nak makan Udang Bakar Madu ini.

Resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Angeline Metta ini, memang nampak seperti hidangan persis di restoran tapi nak membuatnya memang ringkas dan mudah. Kalau yang baru nak belajar masak, bolehlah cuba buat dan hidangkan dekat keluarga.


RESIPI UDANG BAKAR MADU

udang bakar madu

Saiz hidangan: 1 orang makan

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 500gram udang
  • 1/3 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh lada hitam
  • Perahan limau nipis 

Bahan-bahan sos:

  • 3 sudu makan madu
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan marjerin
  • 2 sudu makan air masak
  • 3 ulas bawang putih – cincang

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, bersihkan dahulu udang dan lap udang dengan tisu bagi kering.

2. Kemudian, perapkan udang dengan garam, lada hitam dan limau nipis. Biarkan bahan perapan serap di dalam udang sebentar.

3. Untuk buat bahan sos pula, masukkan madu, sos tomato, sos cili, marjerin dan air masak ke dalam mangkuk. Gaul rata dan biar bahan sebati.

4. Cairkan marjerin di atas kuali, masukkan udang. Masak hingga 1/2 masak dan tukar warna. Angkat dan ketepikan.

5. Tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan adunan sos. Kacau hingga sebati.

6. Masukkan udang, kacau sebentar dan masak sehingga udang masak. Siap untuk dihidang.


Selamat mencuba resipi Udang Bakar Madu yang marvellous ini!

Baca juga: Begini Cara Siang Udang Galah, Guna Pisau Atau Gunting Buang Kotoran

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN