lepat jagung

Mungkin ramai yang sudah biasa makan lepat pisang atau lepat ubi kan? Kali ini apa kata jom cuba lepat jagung pula.

Resipi yang dikongsikan oleh Lily Marion ini cukup mudah dan ringkas untuk sesiapa sahaja yang mahu mencubanya.

Yang paling penting, resipi ini tidak perlu menggunakan daun pisang untuk membalut lepat, sebaliknya menggunakan kulit jagung.

Jika ada yang mahu mencuba, mari kita lihat apa bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya yang lengkap. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Lepat Pisang Yang Lembut & Sedap, Hanya Guna Sukatan Cawan

RESEPI LEPAT JAGUNG MUDAH DAN SEDAP

Bahan-bahan:

  • 2 tongkol jagung (disagat/boleh juga pakai mincer atau blend dengan santan)*
  • 1 tongkol jagung (dihiris halus)*
  • 1 cawan santan (3/4 santan pekat+1/4air) *
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung jagung*
  • 1/4 cawan tepung gandum*
  • 1/4 cawan gula*
  • Secubit garam*
  • Kulit jagung (cuci bersih)

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan yang bertanda (*) di dalam periuk dan kacau atas api sederhana sehingga sebati dan kental.

2. Sementara itu, didihkan air di dalam pengukus. Cedok bancuhan lepat tadi ke dalam kulit jagung dan lipat dengan kemas.

3. Susun lepat dalam periuk kukusan dan kukus dalam lebih kurang 20 minit. Siap!

Kredit resipi dan gambar: Lily Marion

Baca juga: Resipi Lepat Ubi Leleh Guna Acuan Kuih Lompang, Memang Menjadi Elok!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN