Nikmati kehangatan dan kelazatan hidangan sempena bulan Ramadan dengan Iftar Ria Bersama Tony Roma’s. Berkumpul bersama keluarga dan tersayang untuk berbuka puasa di Tony Roma’s, ada pelbagai hidangan yang disediakan untuk memeriahkan suasana Ramadan.
Baca juga: Senarai Kedai Kopi Lokal Yang Setanding Dengan Jenama Kopi Antarabangsa
Menu Iftar ini menawarkan hidangan tradisional dan inovatif, mencipta pengalaman berharga sepanjang bulan Ramadan dan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba. Restoran TR menggalakkan kebersamaan dalam menikmati hidangan buka puasa, menyambut pelanggan dengan kehangatan dan keseronokan.
TONY ROMA’S PERKENALKAN MENU DULANG PLATTERS
Tony Roma’s memperkenalkan Dulang Platters untuk dikongsi, menampilkan potongan besar daging kambing atau rusuk lembu bersama hidangan lain seperti ayam panggang, kepak ayam rangup, roti bawang, nasi pilaf, sup harian, dan minuman soda yang boleh diisi semula. Hidangan ini sesuai untuk dikongsi sehingga empat orang.
Selain itu, terdapat juga hidangan entree terhad seperti Rusuk Kambing dan Pasta Herba Ayam Bakar yang disajikan dengan Nasi Pilaf dan hidangan sampingan. Anda juga boleh tambah pesanan Kepak Ayam Rangup dengan sos cicah baru, sos Krim & Bawang, sebagai sajian tambahan.
Dulang Iftar (Lamb platter)
Dulang Ria (Beef Platter)
Lamb Ribs with Pilaf Rice
Grilled Chicken Herb Pasta
Crispy Chicken Wings with Cream & Onion Dip
Menu Iftar Ria Bersama boleh dinikmati di semua cawangan Tony Roma’s dari 4 Mac sehingga 12 Mei 2024. Boleh rasai pengalaman bersantap yang unik. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.tonyromas.com.my.
Baca juga: Senarai Bazar Ramadan Sekitar Shah Alam (2024), Ini Antara Lokasi Popular