senarai bazar ramadan

Bulan Ramadan muncul kembali, MyResipi ingin kongsikan senarai bazar ramadan sekitar Shah Alam untuk tahun 2024 ini. Ini antara lokasi-lokasi popular dan strategik setiap tahun untuk orang ramai kunjungi. 

Bagi sesetengah orang, bulan puasa merupakan masa yang paling sesuai untuk mengunjungi bazar Ramadan kerana terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman unik, popular, dan jarang dijumpai dijual di sana.

Baca juga: Senarai Makanan Popular Ketika Ramadan, Mana Satu Pilihan Hati?

Bazar Ramadan juga menjadi tarikan pelancong tempatan dan luar negara untuk merasai makanan tempatan yang menjadi sebahagian daripada identiti dan keunikan tempatan.

Biasanya, umat Islam di Malaysia akan mengunjungi bazar Ramadan pada waktu petang untuk memilih juadah berbuka puasa.

Pastinya, anda akan teruja dengan pelbagai juadah yang terdapat di Shah Alam! Bagi sesiapa yang mencari lokasi bazar Ramadan, berikut adalah senarai yang boleh dilihat.

SENARAI BAZAR RAMADAN SEKITAR SHAH ALAM (2024)

senarai bazar ramadan

Sumber: MBSA

  • Seksyen 6 – Tempat Letak Kereta, Jalan Murai 6/1F
  • Seksyen 7 – Tempat Letak Kereta, Jalan Kristal AS7/AS
  • Seksyen 7 – Tapak Penjaja Sementara, Jalan Plumbum T 7/T
  • Seksyen 8 – Tapak Penjaja Sementara, Jalan Liku A 8/A
  • Sekyen 9 – Tapak Penjaja Sementara, Jalan Tengku Ampuan Zabedah K/9K
  • Seksyen 16 – Tempat Letak Kereta, Jalan 16/3
  • Seksyen 17 – Tapak Pasar Malam, Jalan 17/20
  • Seksyen 18 – Tapak Penjaja Sementara, Jalan 18/34
  • Seksyen 18 – Tempat Letak Kereta, Jalan 18/34
  • Seksyen 19 – Tapak Pasar Malam, Jalan Nelayan 19//D
  • Seksyen 20 – Tempat Letak Kereta, Jalan Singa E 20/E
  • Seksyen 24 – Tapak Penjaja Sementara, Jalan Timun 24/C
  • Seksyen 25 – Tapak Penjaja Sementara Jalan Ria 25/627
  • Seksyen 27 – Tapak Pasar Malam, Jalan Bukit Raya 27/8
  • Seksyen 28 – Tapak Penjaja Sementara Jalan 28/5
  • Seksyen 35 – Tapak Penjaja Sementara, Jalan Tun Teja B 35/BB
  • Seksyen U2 – Tapak Pasar Malam, Jalan Saujana Indah, TTDI Jaya
  • Seksyen U3 – Tapak Pasar Malam, Jalan Dinar, Subang Perdana
  • Seksyen U5 – Tempat Letak Kereta, Jalan Nova N U5/N
  • Seksyen U5 – Tapak Penjaja Sementara Jalan Nova M U5/M
  • Seksyen U5 – Tapak Pasar Malam, Jalan U5/BV, Subang 2
  • Seksyen U8 – Tapak Penjaja Sementara, Jalan U8/46
  • Seksyen U13 – Ta[ak Pasar Malam, Jalan Setia Prima A U13/1
  • Seksyen U13 – Tapak Pasar Malam, Jalan Setia Perdana BB U13/BB
  • Seksyen U20 – Tapak Penjaja Sementara Jalan BRP 1/4, Bukit Rahman Putra
  • Seksyen U20 – Tapak Penjaja Sementara Jalan 1A/3 Bandar Baru Sg. Buloh

Semoga anda dapat menjalani ibadah puasa dengan lancar. Harapan kami bahawa perkongsian senarai bazar Ramadan di sekitar Shah Alam ini dapat membantu anda mencari bazar yang terdekat.

Semoga kita semua dapat meningkatkan amalan kita di bulan yang mulia ini agar puasa dan ibadah kita diberkati oleh Tuhan.

Sumber: MBSA

Baca juga: Kesan Buruk Makan Gelojoh, Antara Sebab Berat Badan Bertambah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN