Categories: Tips & Petua

Cara Rebus Telur Supaya Kulit Tak Melekat & Senang Dikopek, Tak Perlu Letak Cuka Atau Garam Pun!

Ramai yang mencari tips telur rebus supaya kulit mudah ditanggalkan tanpa membuatkan isi telur terkoyak atau berlubang. Walaupun nampak mudah, proses mengupas telur rebus sebenarnya boleh jadi mencabar terutama apabila kulit melekat kuat pada putih telur.

Masalah telur rebus susah dikupas biasanya berlaku apabila kulit telur masih melekat pada bahagian isi. Akibatnya, telur menjadi tidak cantik, banyak bahagian putih telur tertanggal dan terbuang ketika proses mengupas.

Menurut perkongsian seorang pengguna, cara ini sudah lama diamalkan dan menjadi teknik pilihan setiap kali merebus telur. Petuanya mudah sahaja, iaitu pastikan teknik merebus dan proses menyejukkan telur dilakukan dengan betul sebelum mula mengupas.

Baca juga: Cara Kukus Pulut Tanpa Rendam, Guna Cara Ini Confirm Masak Cantik & Tekstur Sebiji-Sebiji!

TIPS TELUR REBUS SENANG DIKOPEK

Bahan-bahan:

  • Telur secukupnya
  • Air secukupnya untuk merebus
  • Air paip biasa untuk merendam telur selepas direbus

Cara-cara penyediaan:

  1. Didihkan air terlebih dahulu sehingga betul-betul menggelegak.
  2. Masukkan telur ke dalam air yang sedang mendidih. Pastikan semua telur tenggelam sepenuhnya supaya masak sekata.
  3. Rebus telur mengikut tahap kematangan yang diinginkan.
  4. Selepas telur masak, angkat dan terus rendamkan telur dalam air paip biasa.
  5. Biarkan telur sehingga benar-benar sejuk. Jangan terus kupas ketika telur masih panas kerana kulit biasanya lebih mudah melekat pada isi.
  6. Untuk mengupas, ketuk perlahan seluruh permukaan kulit telur.
  7. Gelek telur perlahan-lahan di atas meja supaya selaput di bahagian dalam kulit telur menjadi longgar.
  8. Kupas kulit telur dengan perlahan sehingga tertanggal sepenuhnya.

Kini telur rebus lebih mudah dikupas dan hasilnya lebih cantik tanpa banyak bahagian isi yang rosak. Cara ini juga sesuai digunakan apabila menyediakan telur rebus untuk hidangan seperti nasi lemak, telur masak sambal, sandwich atau bekalan harian.

Setiap orang mungkin mempunyai teknik tersendiri untuk mendapatkan telur rebus yang mudah dikupas. Namun, perkara paling penting ialah jangan terburu-buru mengupas telur ketika masih panas dan pastikan proses penyejukan dilakukan terlebih dahulu.

Sumber: Shafieyda Rosly

Baca juga: Cara Cuci Kuali Hitam Kesan Terbakar, Guna Sabun Buku & Berus Besi Saja Dah Berkilat!

Wan N

Recent Posts

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

19 mins ago

Cuma Guna 4 Bahan Tanpa Telur & Gelatin, Ini Resipi Puding Susu Lembut Penuh Berkrim!

Resepi puding susu ini boleh dijadikan pilihan untuk sajian minum petang kerana rasanya yang manis…

24 mins ago

Mee Calong Homemade, Wanita Ini Kongsi Rahsia Buat Bebola Ikan Guna Ikan Selayang!

Hidangan berkuah yang dinikmati panas-panas memang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama keluarga. Mee…

2 hours ago

Resipi Sambal Ayam Bali Ori, Rahsia Sambal Pekat Beraroma Bila Gabung 5 Bahan INI!

Teringin menikmati lauk ayam yang pedas, manis dan berempah? Bolehlah cuba sambal ayam bali yang…

2 hours ago

Resipi Salad Makaroni Buah, Campur Jelly Perisa Anggur Buat Rasanya Lagi Menarik!

Salad macaroni buah antara hidangan yang sesuai dinikmati ketika cuaca panas. Gabungan makaroni lembut, buah-buahan…

2 hours ago

Tak Perlu Berkuah Pun Sedap! Resipi Daging Masak Kicap Kering, Lagi Meriah Dengan Aneka Sayur

Daging masak kicap kering selalunya menjadi pilihan bagi mereka yang gemarkan lauk berperisa tanpa terlalu…

3 hours ago