cuci kuali hitam

Pernah tak anda sedang memasak, tiba-tiba terlupa kuali atau periuk yang masih di atas dapur? Bila terhidu bau hangit dan cepat-cepat pergi tengok, rupanya kuali sudah bertukar hitam. Kalau dah jadi macam ini, mesti ramai terus mencari cara cuci kuali hitam yang paling mudah tanpa perlu menggosok terlalu lama.

Kalau dibiarkan, kerak hitam yang melekat memang susah nak ditanggalkan. Ramai sangka kena guna pencuci mahal atau perlu rendam berjam-jam, padahal ada petua ringkas yang boleh membantu membersihkan kesan terbakar dengan lebih mudah.

Hanya menggunakan sedikit air, sabun buku dan berus besi, kuali yang dipenuhi kesan terbakar boleh kembali bersih dan nampak lebih berkilat. Cara ini juga sesuai dicuba jika bahagian luar kuali sudah dipenuhi kerak hitam akibat penggunaan yang kerap.

Baca juga: Wanita Kongsi Sudah Bertahun Makan Bawang Putih Bakar, Petua Berkesan Jika Batuk Tak Hilang-Hilang!

CARA CUCI KUALI HITAM KESAN TERBAKAR

cuci kuali hitam

Bahan-bahan:

Cara-cara:

  1. Basahkan bahagian luar kuali dengan sedikit air. Tidak perlu direndam, cukup sekadar permukaannya lembap.
  2. Lumurkan sabun buku pada bahagian yang hitam dan berkerak sehingga rata.
  3. Gunakan berus besi untuk menyental keseluruhan permukaan yang terbakar.
  4. Teruskan menyental sehingga kerak hitam tertanggal.
  5. Bilas dengan air bersih dan keringkan. Kuali akan kelihatan lebih bersih dan berkilat seperti baru.

Sumber: Cik Umairrah

Baca juga: Petua Halau Tikus Dari Rumah Guna 5 Jenis Daun, Tak Sangka Baunya Buat 1 Keturunan ‘Angkat Kaki’!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN