kukus pulut

Kalau sebut tentang kukus pulut, ramai yang fikir beras pulut wajib direndam selama beberapa jam sebelum dikukus. Sebenarnya ada cara yang lebih mudah dan cepat tanpa perlu melalui proses rendaman yang lama. Hasilnya tetap menjadi, pulut masak cantik, lembut dan sebiji-sebiji.

Kaedah ini memang sesuai untuk mereka yang selalu terlupa merendam pulut atau tiba-tiba teringin nak makan pulut. Dengan teknik yang betul, anda masih boleh menikmati pulut yang enak tanpa perlu menunggu berjam-jam.

Pulut yang siap dikukus ini bukan saja sedap dimakan bersama kelapa parut, malah sesuai dipadankan dengan ikan masin, ikan rebus goreng atau dijadikan asas pelbagai kuih tradisional seperti pulut kuning, pulut mangga dan pulut durian.

Baca juga: Durian Murah Melimpah Ruah? Ini Cara Betul Simpan Secara ‘Frozen’ Supaya Tahan Lama & Tak Masam!

CARA KUKUS PULUT TANPA PERLU RENDAM

kukus pulut

Bahan-bahan:

  • 1 kg beras pulut
  • 2 cawan air panas
  • Air secukupnya untuk pengukus

Cara-cara penyediaan:

  1. Basuh beras pulut sehingga air cucian menjadi jernih atau tidak terlalu putih. Tidak perlu direndam.
  2. Didihkan air di dalam pengukus sehingga betul-betul menggelegak.
  3. Masukkan beras pulut ke dalam pengukus dan ratakan. Buat satu lubang di bahagian tengah supaya wap dapat naik dengan lebih sekata.
  4. Kukus selama 15 minit.
  5. Selepas pulut separuh masak, angkat dan masukkan ke dalam besen atau bekas besar.
  6. Tuangkan 2 cawan air panas ke atas pulut (untuk sukatan 1 kg beras pulut), kemudian gaul sehingga semua pulut menyerap air secara sekata.
  7. Masukkan semula pulut ke dalam pengukus.
  8. Kukus lagi selama 10 minit atau sehingga pulut masak sepenuhnya.
  9. Siap! Pulut akan masak cantik, lembut dan sebiji-sebiji tanpa perlu direndam terlebih dahulu.

Sumber: Dib Ibrahim

Baca juga: Petua Halau Tikus Dari Rumah Guna 5 Jenis Daun, Tak Sangka Baunya Buat 1 Keturunan ‘Angkat Kaki’!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN