
Ramai yang mencari tips telur rebus supaya kulit mudah ditanggalkan tanpa membuatkan isi telur terkoyak atau berlubang. Walaupun nampak mudah, proses mengupas telur rebus sebenarnya boleh jadi mencabar terutama apabila kulit melekat kuat pada putih telur.
Masalah telur rebus susah dikupas biasanya berlaku apabila kulit telur masih melekat pada bahagian isi. Akibatnya, telur menjadi tidak cantik, banyak bahagian putih telur tertanggal dan terbuang ketika proses mengupas.
Menurut perkongsian seorang pengguna, cara ini sudah lama diamalkan dan menjadi teknik pilihan setiap kali merebus telur. Petuanya mudah sahaja, iaitu pastikan teknik merebus dan proses menyejukkan telur dilakukan dengan betul sebelum mula mengupas.
Baca juga: Cara Kukus Pulut Tanpa Rendam, Guna Cara Ini Confirm Masak Cantik & Tekstur Sebiji-Sebiji!
TIPS TELUR REBUS SENANG DIKOPEK

Bahan-bahan:
- Telur secukupnya
- Air secukupnya untuk merebus
- Air paip biasa untuk merendam telur selepas direbus
Cara-cara penyediaan:
- Didihkan air terlebih dahulu sehingga betul-betul menggelegak.
- Masukkan telur ke dalam air yang sedang mendidih. Pastikan semua telur tenggelam sepenuhnya supaya masak sekata.
- Rebus telur mengikut tahap kematangan yang diinginkan.
- Selepas telur masak, angkat dan terus rendamkan telur dalam air paip biasa.
- Biarkan telur sehingga benar-benar sejuk. Jangan terus kupas ketika telur masih panas kerana kulit biasanya lebih mudah melekat pada isi.
- Untuk mengupas, ketuk perlahan seluruh permukaan kulit telur.
- Gelek telur perlahan-lahan di atas meja supaya selaput di bahagian dalam kulit telur menjadi longgar.
- Kupas kulit telur dengan perlahan sehingga tertanggal sepenuhnya.
Kini telur rebus lebih mudah dikupas dan hasilnya lebih cantik tanpa banyak bahagian isi yang rosak. Cara ini juga sesuai digunakan apabila menyediakan telur rebus untuk hidangan seperti nasi lemak, telur masak sambal, sandwich atau bekalan harian.
Setiap orang mungkin mempunyai teknik tersendiri untuk mendapatkan telur rebus yang mudah dikupas. Namun, perkara paling penting ialah jangan terburu-buru mengupas telur ketika masih panas dan pastikan proses penyejukan dilakukan terlebih dahulu.
Sumber: Shafieyda Rosly
Baca juga: Cara Cuci Kuali Hitam Kesan Terbakar, Guna Sabun Buku & Berus Besi Saja Dah Berkilat!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














