PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-09-15 09:32:52
Sebut sahaja negeri Terengganu, pasti Keropok Lekor yang terlintas di fikiran kita! Betul tak? Orang cakap tak lengkap percutian jika tak bawa balik keropok lekor sebagai buah tangan. Namun, jika disimpan terlalu lama dalam peti sejuk, bimbang nanti timbulnya selaput putih yang menyebabkan keropok lekor berbau masam dan tidak enak dimakan. Jangan risau, ini ada cara mudah daripada Afy Al Habibi untuk memastikan keropok lekor tahan lebih lama. Jom cuba!
Penyimpanan Keropok Lekor
Selepas sahaja membeli, keluarkan kesemua keropok lekor frozen dan potongkan mengikut saiz yang diingini. Kemudian, bahagi-bahagikan kepada kuantiti sepinggan dan masukkan ke dalam plastik kecil lalu masukkan dalam peti sejuk beku.
Cara Menggoreng Dengan Betul
- Keluarkan keropok lekor mentah yang sudah siap dibungkus sebelumnya. Keluarkan mengikut kuantiti yang diingini.
- Masukkan ke dalam periuk berisi air dan rebuskan seketika kerana hasilnya akan menjadi lebih sedap apabila digoreng.
Kredit: Afy Al Habibi
- Semasa merebus keropok lekor, masukkan dalam 1/3 sudu kecil garam untuk mengelak rasa keropok lekor menjadi tawar.
Kredit: Afy Al Habibi
- Rebuskan selama 5 minit sehingga keropok nampak empuk.
Kredit: Afy Al Habibi
- Setelah cukup direbus, toskan seketika untuk membuang air lebihan dari rebusan keropok lekor.
- Kemudian, gorengkan keropok mengikut tahap garing yang kita inginkan. Goreng di atas api yang sederhana.
Siap! Selamat mencuba!