ikan keli hanyirIkan keli kalau makan dengan nasi panas-panas memang umphh! Lagi-lagi kalau ia digoreng garing, confirm makan licin sampai ke tulang!

Tapi jika salah teknik menyiang, ikan keli akan menjadi hanyir dan berbau ketika sedang dimasak atau ketika makan.

Rupanya ada ‘bendalah’ yang perlu dibuang pada ikan keli itu yang ramai tak tahu. Hal tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Aris Farhan. Jom lihat perkongsian oleh beliau di bawah untuk mengelakkan ikan keli berbau hanyir.

Cara Elak Ikan Keli Hanyir & Berbau

Berikut adalah perkongsian oleh Aris Farhan:

Pagi ahad yang barakah ini, abang nak kongsi pada kalian khususnya pada anak dara dan anak teruna di luar sana cara asas menyiang ikan keli dan teknik membuang objek (darah beku) hanyir dalamannya.

Buat yang gemar makan ikan air tawar seperti keli, patin, dan keturunannya , pasti mahu rasanya yang tidak hanyir dan berbau ketika masak dan makan.

Sebenarnya di dalam perut ikan-ikan seperti ini ada objek utama yang menjadi punya hanyir seekor ikan itu jika tidak dibuang. Engkau buatlah macam mana pun, kalau tidak buang bendalah ini, ia tetap hanyir, percayalah.

Jadi, kalian boleh tengok cara-cara menyiang ikan keli ini pada gambar dibawah. Tetapi ingat, jangan engkau cari bendalah hanyir tu dalam ikan yang tidak ada kena mengena seperti ikan Nun, mahu sebesar rumah bendalah hanyir tu. Kahkahkah.

Cara sebenar siang ikan keli:

  1. Ikan keli yang diambil dari peti ais. Rendam dulu dalam air. Kalau yang masih hidup, cara mematikannya engkau boleh search di youtube, ada seorang ustaz dari seberang ada mengajarkan kaedah terbaik mematikan tanpa menyeksa ikan ini.
  2. Gunting muncung ikan ini untuk buang sesungut dan mulutnya. Tapi, kalau kalian nak masak sekali sesungut ini, itu hak kalian. Hahaha.
  3. Belah perut ikan secara menegak dari garisan bawah mulut ikan keli ini sampai ke titik tengah (pusat). Kalau kalian nak mula dari titik tengah ke mulut pun boleh. Ikut keselesaan.
  4. Kemudian, buang segala organ dalaman ikan ini sebersih mungkin. Ingat, sediakan bekas nak kumpul organ ni. Jangan engkau masuk dalam sinki pula, tersumbat pula nanti.
  5. Ha ini kaedah nak buang objek hanyir tu, engkau tekan belakang ini gunakan jari telunjuk. Sebab nak mudah keluarkan bendalah tu.
  6. Plup! Maka terkeluarlah objek darah beku hanyir tersebut. Ada dua ya, sebelah kiri dan kanan. Maka buanglah ia. Kalau kau nak bau dulu pun boleh. Hahaha.
  7. Ha ini bendanya, selalu berwarna hitam pekat atau keemasan. Ikut jenis ikan tersebut. Bau memang hanyir.ikan keli hanyir
  8. Dah dapat sila buang jauh-jauh. Jangan engkau buat batu cincin pula ya. Haha.ikan keli hanyir
  9. Akhirnya, baru bersih lagi suci ikan kita. Sudah boleh masak berlada ke, bakar salai ke, atau goreng kunyit sahaja. Selamat mencuba!ikan keli hanyir

Kredit: Aris Farhan Yb