nasi lubnan

Korang pernah makan nasi lubnan dengan pasta rambut tak? Menu ni kalau di negara Lubnan dikenali sebagai Nasi Lubnan tapi dekat negara arab ia dikenali sebagai Riz bil syar`ayah atau maksudnya nasi dengan pasta rambut.

Sewaktu Siti tiba di UBC hidangan ini telah disediakan oleh rakannya Dina Badawy. Bila dihidangkan menu nasi Lubnan ni Siti tak sangka  yang berjurai-jurai tu adalah pasta. Bila dah makan tu Siti tanya resipi nasi ni pada Dina.

Beliau kata resipi ni hanya menggunakan beras,pasta,air dan stok ayam. Lepastu masukkan ke dalam ketuhar dan masak. Menu ni boleh dimakan begitu sahaja ataupun kita boleh makan dengan lauk macam selalu.


Resipi Nasi Lubnan Yang Unik Dan Mudah

Bahan-bahan:

nasi lubnan

  • Pasta angel hair agak-agak selingkar jari
  • 1 helai daun bay
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kelopak bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • Minyak sapi / Minyak biasa
  • 3 cawan beras
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 3 sudu teh sebuk stok ayam
  • 3 sudu halia dan bawang mesin

Cara penyediaan:

  1. Patah-patahkan pasta supaya menjadi pendek.nasi lubnan
  2. Panaskan minyak dan goreng pasta kering atas api perlahan.
  3. Apabila pasta sudah berwarna keemasan, masukkan daun bay dan rempah-ratus tiga beradik tadi.nasi lubnan
  4. Tumis sehingga naik wangi.
  5. Masukkan bahan pasta dan tumis.
  6. Tambah 4 ½ cawan air dan masak dalam periuk nasi elektrik seperti biasa.
  7. Nasi siap.

Sekarang kita nak buat salad pulak. Guna 3 bahan je.

nasi lubnan

Bahan-bahan:

  • 2 biji tomato
  • 1 biji timun
  • ½ labu bawang besar

Cara-cara:

  1. Timun dikupas belang-belang dan digaru dengan garfu.
  2. Timun belah empat dan dipotong dadu.
  3. Tomato didadu kasar.
  4. Bawang besar didadu kecil.
  5. Tambah 1 sudu teh daun pudina kering, 1 sudu teh garam, 1 sudu makan jus limau,1 sudu makan minyak bawang putih.nasi lubnan
  6. Gaulkan rata.
  7. Sedia untuk dihidang.

Kredit: Siti Hazneza Abdul Hamid

Baca juga:

Resipi Nasi Dagang Guna Rice Cooker, Tak Perlu Rendam & Kukus Pun Menjadi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN