
Semua orang suka makan ikan goreng sebagai hidangan lauk bersama nasi. Kali ini, kami nak kongsikan tips goreng ikan supaya tak meletup dan melekat untuk anda cuba di rumah.
Nak goreng ikan ini nampak saja senang, tapi tak semua orang boleh buat dengan sempurna. Lebih-lebih lagi yang tak biasa memasak, dapur pun boleh jadi medan perang dibuatnya.
Masalah yang sering dihadapi ketika goreng ikan ini adalah selalu meletup dan melekat pada kuali. Jika masih berlaku, sudah sampai masanya untuk anda gunakan tips goreng ikan ini.
Baca juga: 10 Jenis Ikan Sedap Digoreng, No. 5 Paling Ramai Suka Masak Di Rumah!
TIPS GORENG IKAN SUPAYA TAK MELETUP DAN MELEKAT
1. Sebelum masukkan ikan, gorengkan kulit bawang terlebih dahulu.

2. Jika tiada kulit bawang, hiris halia nipis-nipis. Masukkan ke dalam minyak panas dan gorengkan sekejap, kemudian baru masukkan ikan.

3. Tiada kulit bawang atau halia, boleh gorengkan sekeping asam keping sekejap, kemudian baru masukkan ikan.

4. Cuci ikan bersih-bersih dan pastikan tiada lendir yang melekat pada ikan kerana lendir inilah yang membuatkan ikan meletup ketika menggoreng.
Cara hilangkan lendir pada ikan: cuci dengan kulit limau atau cuci dengan air campur sedikit tepung gandum, bersihkan lendir dan bilas.

5. Gunakan tepung beras sebagai salah satu bahan salutan ikan goreng dan pastikan bahan salutan digaul rata ke seluruh permukaan ikan.

6. Pastikan minyak cukup banyak untuk menggoreng ikan.
7. Panaskan minyak dengan sempurna, hidupkan api sederhana besar, panaskan sebentar tapi jangan sampai berasap.
8. Pastikan ikan betul-betul garing dan kering, baru terbalikkan. Jika ikan masih basah dan lembik, kemungkinan ikan melekat itu lebih tinggi. Hati-hati, jangan sampai hangus pula.

Jangan lupa gunakan tips goreng ikan ini supaya hasilnya tak meletup semasa menggoreng nanti. Tambahan pula, cara yang berguna ini boleh mengelakkan ikan melekat pada kuali juga.
Semoga bermanfaat!
Sumber: faraherda
Baca juga: Ikan Kembung Goreng Berlada, Guna Resipi Pantas Ini Untuk Siapkannya
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














