santan pecah

Sesiapa yang sering memasak di rumah pasti pernah berada dalam situasi santan pecah dan berketul. Jangan risau, terdapat trik menarik untuk anda betulkannya semula.

Santan adalah salah satu bahan tambahan yang sering digunakan dalam pelbagai masakan. Selain kuih-muih dan lauk-pauk, ramai juga yang menggunakan santan untuk buat kek dan minuman di rumah.

Buat anda yang belum pernah dengar tentang istilah santan pecah, sebenarnya ia bermaksud santan yang memisahkan lapisan tebal dan berminyak daripada bahagian cecair.

Masalah ini sering terjadi di dapur kerana api terlalu besar atau tak dikacau dan kuah akan berketul, berbutir dan tak sebati. Paling teruk, ia buat makanan jadi lebih tawar berbanding biasa.

Bagi mengelakkan perkara ini berlaku lagi, kami kongsikan sedikit tips berguna kepada anda supaya santan yang berketul-ketul itu menjadi cantik semula semasa memasak. Jom kita tengok!

Baca juga: Cara Buat Santan Segar Dengan Isi Kelapa, Trik Tanpa Mesin Ini Serius Menjadi!

TIPS SATUKAN SEMULA SANTAN PECAH SEMASA MEMASAK

1. Mula-mula, elak daripada menggunakan api yang terlalu besar semasa memasak santan.

2. Kemudian, pastikan selalu kacau santan sewaktu memasak di dapur.

3. Jangan panik jika anda dapati santan sudah pecah, terus kecilkan apinya terlebih dahulu.

santan pecah

4. Selepas itu, anda perlu masukkan daun pisang dan kacau-kacau santan tersebut.

5. Hanya dalam beberapa saat, santan yang pecah tadi sudah menjadi cantik lagi seperti sedia kala. Siap!

santan pecah

Kadangkala kejadian di dapur ini tetap akan berlaku atas faktor persekitaran dan cuaca. Tapi setelah menggunakan tips ini, anda tak perlu risau tentang masalah santan yang berketul lagi.

Santan mengandungi minyak asli daripada kelapa yang membuat makanan jadi bertambah sedap, jadi tak hairanlah jika masakan bersantan mempunyai rasanya tersendiri.

Oleh sebab itu, penting untuk anda tahu tentang tips bagi menyatukan semula santan pecah supaya masakan anda tak menjadi tawar dan lazat dimakan nanti.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Ammaizza

Baca juga: Tips Memasak Bila Terlebih Pedas, Masin, Masam Dan Manis, Rupanya Kena Buat Macam Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN