tips pilih tomato

Sayur-sayuran merupakan barang dapur yang wajib dibeli dan paling penting untuk anda ambil tahu tentang tips pilih tomato yang betul.

Tomato adalah sejenis tumbuhan yang ditanam untuk dapatkan buahnya yang ranum dan dimasak sebagai sayur. Selain mudah didapati di pasar raya, ia banyak terjual di pasar tani.

Nak elakkan terbeli yang masam, anda boleh gunakan tips pilih tomato yang segar dan tahan lama di bawah ini. Jom kita tengok tipsnya!

Baca juga: Cara Pilih Lobak Merah Yang Segar, Barulah Tak Pahit Bila Dimasak!

TIPS PILIH TOMATO YANG SEGAR

1. Kulit berkilat.

tips pilih tomato

Perkara pertama yang perlu dilihat sewaktu memilih tomato adalah pada kulitnya. Tomato yang mempunyai kulit yang berkilat sebenarnya lebih segar.

Jika kulit tomato kelihatan kusam dan tak berkilat, ia kurang menarik perhatian untuk digunakan ketika memasak nanti.

2. Buah padu.

tips pilih tomato

Selepas itu, anda perlu periksa kemampatan tomato tersebut. Jika anda pilih tomato yang lembik atau lembut, ia susah nak tahan lama dan mudah berkulat.

Oleh itu, pilih tomato yang padu dan masih keras supaya boleh disimpan lama. Tapi bukanlah keras seperti batu, cukup ia tak terlalu lembut saja.

3. Warna gelap.

Walaupun kita tahu warna tomato itu merah, tapi ia taklah terlalu merah dan jelas seperti cili. Tapi lebih gelap warna merahnya, lebih bagus untuk digunakan.

Elakkan memilih tomato yang mempunyai putih-putih atau kehijauan pada luarannya kerana buahnya sangat masam dan tak sesuai digunakan untuk masak nanti.

4. Hujung bulat.

Terdapat tomato yang mempunyai hujung melonjong tajam ke bawah dan hal itu menandakan rasanya masam. Sesetengah orang suka masam, namun ada juga yang kurang menggemarinya.

Jika nak tomato yang masam dan manisnya cukup rasa, anda perlu pilih yang bentuknya sedang elok dan cantik membulat. Nak lebih sedap, pilih yang bulat dan berlekuk ke dalam pada bahagian bawah buah.

Gunakan tips pilih tomato ini supaya anda tak tersalah beli lagi. Selepas dapat tomato yang segar, bolehlah hasilkan hidangan yang lazat di rumah nanti.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Heritage Taste

Baca juga: Tips Pilih Epal Merah Yang Manis Dan Segar, Tak Salah Beli Lagi Selepas Ini!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN