Memandangkan ramai yang mempunyai air fryer di rumah tetapi korang tahu tak cara yang betul untuk menggunakannya supaya keselamatan korang terjamin dan air fryer dapat tahan lama?

Ada beberapa cara yang korang perlu dan tidak perlu buat sekiranya korang mahu ia tahan lama. Jom cuba tips penting menggunakan air fryer.

1. Tidak perlu basuh pada bahagian atas

Bahagian atas air fryer tersebut tidak boleh dibasuh secara terus dengan menggunakan air kerana ia mempunyai coil di bahagian tersebut. Pastikan air fryer sudah sejuk dan wayar telah dicabut baru boleh di lap menggunakan span dan air suam.

Berus coil  dengan berus lembut yang fleksibel untuk menghilangkan kotoran dan lapkannya bersama kain.

2. Pastikan punca elektrik sesuai dengan voltan kuasa

Jangan pasankan alatan-alatan elektrik yang berkuasa tinggi pada soket yang sama sekaligus sebab ia boleh menyebabkan berlakunya litar pintas.

3. Letak di tempat yang stabil

Letakkan air fryer di tempat yang stabil dan mempunyai ruang di bahagian eksos air fryer untuk mengeluarkan udara panas. Pastikan wayar tidak menyentuh permukaan air fryer yang panas itu.

4. Tidak boleh tuang minyak penuh

Jangan tuang minyak penuh di dalam bakul untuk menggoreng makanan. Ia akan mengeluarkan asap panas dan akan terbakar. Jika perlu, sembur atau gaul sahaja bersama minyak.

5. Jangan curah air

Jangan curah air dan rendam unit utama air fryer di dalam air kerana komponen elektriknya akan menyebabkan litar pintas.

Selamat mencuba!

Sumber:Ilya Ilywan

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN