Orang kata maggi ni makanan bila dah hujung bulan, jadi tak dinafikan mesti korang semua reti masak maggi kan?  Tapi kalau korang dah bosan makan maggi berkuah, apa kata korang cuba pula resepi maggi goreng basah style Azfar Heri. Cara penyediaannya sangat mudah dan tidak memerlukan bahan yang banyak.

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Mudah

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

MAGGI GORENG BASAH

Orang kata maggi ni makanan bila dah hujung bulan, jadi tak dinafikan mesti korang semua reti masak maggi kan?  Tapi kalau korang dah bosan makan maggi berkuah, apa kata korang cuba pula resepi maggi goreng basah style Azfar Heri. Cara penyediaannya sangat mudah dan tidak memerlukan bahan yang banyak.

BAHAN-BAHAN
BAHAN A
  • Maggi kari

  • Bawang putih

  • Bawang merah

  • Cili kering kisar

  • Telur

  • Sayur sawi

BAHAN B
  • Sos cili

  • Sos tomato

  • Sos tiram

  • Kicap

  • Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
  • Rebuskan maggi terlebih dahulu sehingga kembang.

  • Panaskan minyak. Masukkan bawang merah dan bawang putih.

  • Goreng bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.

  • Masukkan cili kering kisar. Tumis sehingga naik minyak.

  • Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap. Kacau sehingga sebati.

  • Masukkan serbuk cili, serbuk maggi kari dan sedikit air. Biarkan sehingga mendidih.

  • Pecahkan telur dan kacau sehingga sebati.

  • Masukkan maggi yang telah dimasak kedalam kuali.

  • Gaul sebati dan siap untuk dimakan.

TIPS

Tiada

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN