tips masak beras basmathi

Rupanya ada tips masak beras basmathi supaya hasilnya nasi akan lembut elok dan peroi. Salah satu tips itu adalah perlu menggunakan nisbah sukatan air yang betul.

Selain itu, banyak lagi tips lain yang perlu anda tahu, barulah ia jadi elok cantik berderai.

Jom hadam ilmu yang dikongsikan oleh Azmi Jusoh di bawah ini sebagai panduan buat semua.

Tips Masak Beras Basmathi

1. SEDIAKAN BERAS

Langkah yang paling utama dalam mendapatkan nasi yang lembut dan peroi adalah dengan merendamkan beras ni selama 1 hingga 2 jam di dalam air terlebih dahulu, ia adalah kerana bagi beras mendapatkan semula kelembapan semulajadinya.

Rendamkan beras adalah langkah paling utama. Ini adalah kerana beras ni dah direbus terlebih dahulu dan dia jemurkan.

Tips penting: Jika ada garam bukit atau sea salt boleh lah masukkan sedikit kedalam air rendaman.

2. NISBAH SUKATAN (AIR : BERAS)

Selain rendam beras nisbah sukatan air kepada beras juga adalah sangat sangat penting untuk menjadikan nasi lembut dan peroi.

Nisbah air atau cecair dan beras haruslah diberi perhatian, harus disukat dengan betul dan tidak boleh main agak-agak macam kita perasakan garam kepada masakan ya.

Jika terlebih air nasi akan jadi lembik melekat, tak berderai dan jika terkurang air nanti nasi tak akan jadi gebu dan akan keras bila ianya menjadi sejuk nanti. Jadi sila beri perhatian kepada sukatan nanti yer.

Saya menggunakan nisbah sukatan 1 cawan beras : 1 ¼ cawan air atau air dengan cecair lain seperti susu ataupun santan. Selalunya saya gunakan sukatan ni untuk jenis beras pusa, kashmir dan juga mogul.

Jika nak lebihkan cecair, pastikan jangan lebih dari sukatan 1 ½ cawan bagi 1 cawan beras ya. Make sure take note.

3. TEKNIK DAN KAEDAH MEMASAK

Ada 3 kaedah memasak yang sesuai digunakan mengikut jenis nasi yang kita nak masak:

  1. Tumis beras dahulu: kaedah ni selalunya ditumiskan semua bahan-bahan tumis di dalam rice cooker dan masukkan air dengan sukatan yang betul, dibiarkan cecair mendidih terlebih dahulu baru dimasukkan beras.
  2. Didihkan air ikut sukatan: bagi kaedah ni pula rempah rempah ditumis asing dan dicampurkan sekali dengan cecair, sama juga didihkan ceccair sebelim masukkan beras.
  3. Didih air tanpa sukatan: kaedah ni selalunya digunakan bagi yang dah kerap kali masak beras jenis ni dan selalunya masak dalam kuantiti yang banyak.

4. PANTANG LARANG KETIKA MEMASAK

Antara pantang larang yang harus dielakkan ketika memasak nasi menggunakan beras basmathi:

  • Jika nak kacau beras ketika masak, harus diingatkan hanya kacau beras ketika cecairnya masih banyak, elakkan kacau ketika cecairnya sudah mengering, ini akan mengakibatkan beras anda patah. Sebab pada ketika ni beras berada dalam stage fragile.
  • Jika tanak beras atas api, perlahankan api apabila cecair dah mula mengering dan tutup periuk serapat mungkin agar kita tak kehilangan wap tuk proses memasak.
  • Sentiasa biarkan nasi rest didalam periuk dahulu selama 10 ke 15 minit selepas ianya dimasak, jangan terus dikacau dahulu, restkan sebelum dikacau.
  • Kacau nasi ketika panas, untuk mendapatkan berbutir, nasi akan mula bergumpal dan melekat setelah ianya sejuk.
  • Kacau nasi dari sebelah luar dahulu dan jangan tergopoh gapah, nanti beras akan patah.

5. TIPS MEMASAK BERAS BASMATHI, TIPS TAMBAHAN:

  1. Menggunakan pewarna: jika korang nak gunakan pewarna contoh macam nak buat nasi hujan panas atau nasi briyani, titiskan pewarna ketika nasi dah kering dan biarkan terlebih dahulu sebelum dikacau.
  2. Minyak: harus diigatkan minyak tak termasuk dalam sukatan cecair yang digunakan untuk memasak nasi, walaupun minyak adalah terdiri dalam kategori cecair ya.
  3. Elak nasi patah: elakkan mengacau terlalu lama dan terlalu kerap ketika memasak nasi ni, terutama sekali ketika nasi dah kering.
  4. Bekas penyukat: gunakan sukatan yang sama untuk sukat beras dan air yer.
  5. Tanpa rice cooker: jika masak mengunakan api, atau tanak nasi atas api, besarkan api ketika masih banyak cecair, tapi perlahankan api ketika cecairnya dah mula kering.

Semoga perkongsian yang saya kongsikan ni membawa manafaat kepada semua

Kredit: Azmi Jusoh

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN