PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-08-25 07:16:19

Masakan pedas ini memang selalu jadi kegemaran masyarakat Malaysia. Lagi-lagi billa tumis cili kering, fuhh baunya harum semerbak! Terus lapar dibuatnya. Tahukah anda? Ada cara yang pantas untuk menyediakan hidangan seperti ayam masak sambal dan juga udang masak sambal. Caranya adalah dengan membuat pes cili kisar terlebih dahulu. Tambahan pula, pes ini boleh bertahan lebih sebulan dan tidak akan berkulat! Oleh itu, jom ikuti perkongsian daripada Nad Adleesya menrusi laman Facebook.


Kredit: Che Nom

Bahan-bahan:

  • Cili kering
  • 2 labu bawang putih
     

Cara-cara:

  1. Guntingkan dahulu cili kering untuk membuang biji-bijinya. Kemudian, basuhkan dengan air biasa.


    Kredit: Nad Adleesya

    Kredit: Nad Adleesya

     

  2. Rendamkan dengan air suam yang sudah ditapis supaya ianya kembang. Elakkan daripada mengguna air tapis untuk menjamin kebersihan cili.
     
  3. Selepas cili menjadi kembang, masakkan cili kering dan bawang putih. Masak dengan air yang sudah ditapis sehingga mendidih dan kemudian tutup api.


    Kredit: Nad Adleesya

     

  4. Apabila rendaman cili sudah agak sejuk, tapiskan dan kisarkan bahan-bahan tersebut. Tambahkan sedikit air dalam ¼ cawan sekiranya air agak kering.


    Kredit: Nad Adleesya
     

  5. Kemudian, masukkan dalam bahan yang telah dikisar tadi ke dalam sebuah bekas. Apabila pes sudah sejuk, teruskan  menyimpan di dalam peti sejuk.

    Kredit: Nad Adleesya

 

Dah siap! Kini, anda sudah tidak perlu bersusah payah memotong cili kering setiap kali ingin menggunakannya untuk memasak. Anda hanya perlu menggunakan pes ini sahaja untuk memasak masakan kegemaran anda. Jimat masa kan? Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN