sotong masak lada hitam

Tiada idea nak masak apa menggunakan sotong? Jangan risau, apa kata jom cuba sotong masak lada hitam bersama kunyit ini. Resipi ini juga boleh ditukar kepada udang, ketam dan ikan goreng.

Resipi di bawah merupakan hasil perkongsian oleh Puan Aisyah Humaira di laman sesawang Facebook miliknya. Menurut beliau, anak-anak akan bertambah nasi setiap kali membuat lauk ini.

Di samping itu juga, jika anda suka masakan yang berkuah, boleh lebihkan air semasa proses memasak. Kuahnya itu sangat sedap digaul dengan nasi putih, tak perlu lauk lain dah. Jom cuba!

Baca juga: Cara Masak Sambal Sotong Pecah Minyak Elok. Ini Petua Elak Kecut, Berair & Liat

RESIPI SOTONG MASAK LADA HITAM KUNYIT

sotong masak lada hitam

Bahan-bahan:

  • 1 kg 1/2 sotong dicuci bersih
  • 3 serai
  • 2 biji bawang merah kecil dihiris
  • 2 ulans bawang putih dicincang
  • 2 sudu besar lada hitam biji dan ditumbuk
  • 4-5 sudu besar sos tiram
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • 1 sudu kecil pes asam jawa atau secukup rasa
  • Serbuk cukup rasa maggi
  • Garam
  • Gula
  • Secukup rasa
  • Sedikit air jika suka berkuah

Bahan-bahan lain:

  • Hirisan bawang besar
  • Hirisan tomato
  • Beberapa tangkai cili padi

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih hingga perang. Masukkan lada hitam kacau hingga terbit bau dan masukkan sos tiram kacau sebati.
  2. Masukkan sotong, serbuk kunyit, pes asam jawa dan sedikit air. Kacau sebati lalu biarkan sotong masak dengan api sederhana.
  3. Apabila sotong dah masak bolehlah tabur hirisan bawang, tomato dan cili padi. Kacau rata. siap dan sedia dihidangkan!

Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira via Masak Apa Hari Ni

Baca juga: Tips & Resipi Sotong Goreng Tepung Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN