Jika pernah hadapi masalah santan berketul sewaktu masak, maknanya anda perlu gunakan tips cairkan santan beku daripada peti ais dengan betul dan menjadi.
Santan sering digunakan dalam masakan supaya hidangan terasa sedap dan berlemak. Bukan saja dalam lauk dan kuih, malah ada yang gunakannya untuk buat kek dan minuman juga.
Apabila ada lebihan santan kotak yang tak digunakan, anda harus menyimpannya di bahagian sejuk beku dalam peti ais supaya santan menjadi lebih tahan lama.
Jika anda terus gunakan santan beku daripada peti ais untuk masak tanpa mencairkannya terlebih dahulu, hasilnya santan akan jadi berketul dalam masakan.
Bukan saja masalah santan berketul ini mempengaruhi rasa, malah masakan berkuah anda akan terlihat pecah dan tak cantik apabila dihidang.
Oleh kerana ramai yang hadapi situasi seperti ini dan tak nak ia berlaku lagi, kami kongsikan tips cairkan santan beku yang anda boleh gunakan di rumah. Jom kita tengok caranya!
Baca juga: Tips Satukan Semula Santan Pecah Semasa Memasak, Masukkan Sehelai Daun Saja!
TIPS CAIRKAN SANTAN BEKU DARIPADA PETI AIS
1. Mula-mula, biarkan santan beku menjadi cair sedikit selama setengah atau satu jam pada suhu bilik (cara ini lebih kurang sama seperti kita defrost bahan beku).
2. Setelah santan beku kelihatan sudah sedikit cair, boleh masukkan ke dalam mesin pengisar.
3. Kemudian, kisarkan santan beku bersama air suam (nak ikutkan lebih baik pakai air panas, tapi takut mesin pengisar cepat rosak pula).
4. Selepas itu, boleh pindahkan ke dalam mangkuk. Siap untuk digunakan!
Setelah menggunakan tips ini, anda akan dapati santan beku daripada peti ais tadi sudah jadi cair. Selepas itu, anda boleh terus guna untuk masak dan santan takkan berketul lagi.
Tak ramai yang tahu tentang tips cairkan santan beku daripada peti ais. Oleh itu, kongsikanlah cara berguna ini kepada keluarga dan kawan-kawan yang lain nanti.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Netty Ah Hiyer
Baca juga: Cara Buat Santan Segar Dengan Isi Kelapa, Trik Tanpa Mesin Ini Serius Menjadi!