air asam kerisik

Air asam kerisik adalah pelengkap yang sangat sesuai untuk dicicah bersama ikan panggang, daging panggang, atau dimakan dengan nasi daging.

Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia masakan, jangan risau anda ikut sahaja resipi yang diberikan di bawah ini.

Resipi lengkap oleh Cik Puan Aisyah Humaira menerusi laman sosial Facebook ini, bolehlah anda jadikan stok pencicah di rumah.

Jom baca!

Baca juga: Nak Buat Jem Durian Yang Sedap, Jangan Skip Bahan ‘Ini’ Semasa Masak

RESIPI AIR ASAM KERISIK

Bahan-Bahan:

  • 8 biji cili api *
  • 2 biji lada merah *
  • 2 inci belacan bakar *
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Air asam jawa
  • Sedikit kerisik
  • Gula, aji, dan garam secukup rasa
  • Hirisan bawang merah
  • Hirisan cili api
  • Hirisan tomato
  • Hirisan limau kasturi

Cara Penyediaan:

1. Kisar bahan bertanda * (cili api, lada merah, belacan bakar) bersama sedikit air sehingga halus. Tuangkan bahan kisar ke dalam bekas.

Air asam kerisik

2. Masukkan air asam jawa, kerisik, gula, dan garam secukup rasa ke dalam bekas. Kacau sehingga sebati.

Air asam kerisik

3.  Masukkan hirisan bawang merah, cili api, dan tomato ke dalam campuran. Ramas-ramas dan gaul sebati semua bahan.

4. Siap untuk dinikmati bersama hidangan panggang atau nasi daging.

Selamat mencuba semua!

Sumber: Aisyah Humaira

Baca juga: Siakap Kengsom Thai, Ikut Resipi Ini Sama Sedap Dengan Kedai Akak Tomyam!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN