kuih keria ubi kayu

Kuih keria merupakan antara makanan yang cukup terkenal di negeri Melaka. Biasanya kuih keria menggunakan ubi keledek, tapi tak sangka wujudnya Kuih Keria Ubi Kayu.

Orang dulu-dulu selalu jadikan ubi kayu sebagai makanan harian mereka. Hal ini disebabkan beras yang susah diperolehi dan hanya ubi kayu yang mudah didapati pada ketika itu.

Khasiat utama ubi kayu adalah sebagai sumber tenaga yang tinggi. Ia mengandungi karbohidrat kompleks yang memberikan tenaga.

Selain digunakan dalam masakan, ubi kayu juga digunakan dalam pembuatan kuih-muih. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Nor Haida Nor Azida di Facebook ini. Sedap dan lembut!

Baca juga: Resipi Kuih Keria Gula Melaka, Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam

RESIPI KUIH KERIA UBI KAYU

kuih keria ubi kayu

Bahan-bahan

Cara-cara

1. Rebus ubi kayu sampai empuk.

2. Lenyek ubi kayu yang direbus tadi.

3. Masukkan gula dan garam. Gaul sehingga sebati.

4. Masukkan kelapa dan tepung. Mula menguli. Adunan agak lembut jadi letakkan minyak di tapak tangan supaya tidak melekat.

5. Bulat-bulatkan. Tekan dan buat lubang di bahagian tengahnya.

6. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng. Goreng hingga masak.

kuih keria ubi kayu

7. Bagi penyediaan sira gula, masakkan gula dalam kuali. Tambah sedikit air kira-kira 1/2 cawan.

8. Masak sehingga ia berbuih pekat. Masukkan kuih keria yang siap digoreng tadi.

9. Perlahankan api dan kacau rata. Terus tutup api dan kacau rata lagi hingga lah gula tadi kering. Pastikan gula bersalut semua kuih keria. Siap!

Tak sabarnya nak cuba resipi Kuih Keria Ubi Kayu ini. Cara buatnya sama saja seperti membuat kuih keria ubi keledek. Cuma tukar kepada ubi kayu saja.

Jom jadikannya sebagai sajian seisi keluarga. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Nor Haida Nor Azida

Baca juga: Resipi Sira Ubi Kayu, Kuah Kena Pekat Melikat Barulah Lagi Nikmat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN