Kalau siapa yang pernah ke Ipoh, mesti tahu nasi ganja ini adalah di antara nasi kandar yang terkenal. Tapi, musim PKP ni kita semua tidak boleh merentas negeri untuk merasa nasi ganja kan? Jangan risau korang boleh cuba buat di rumah, memang sedap dan puas hati. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Amie di Facebook.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

NASI GANJA

Kalau siapa yang pernah ke Ipoh, mesti tahu nasi ganja ini adalah di antara nasi kandar yang terkenal. Tapi, musim PKP ni kita semua tidak boleh merentas negeri untuk merasa nasi ganja kan? Jangan risau korang boleh cuba buat di rumah, memang sedap dan puas hati. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Amie di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • 3 cawan beras basmhati  (cuci bersih, rendam 30 minit, toskan)

  • 4 cawan air

  • 2 sudu besar minyak sapi

  • 2 sudu besar minyak masak

  • 4 biji bawang putih – hiris*

  • 1 biji bawang besar – hiris*

  • 1 inci halia – hiris*

  • 3 batang kulit kayu manis*

  • 3 kuntum bunga lawang*

  • 5 biji buah pelaga*

  • 3 biji bunga cengkih*

  • 1 bungkus kecil serbuk rempah sup Adabi*

  • Beberapa titis pewarna kuning telur

  • 6 sudu besar sos cili

  • Garam secukupnya

Kredit: Amie

CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan minyak masak dan minyak sapi, dan biarkan sehingga panas.

  • Masukkan bahan bertanda * dan tumis hingga wangi dan bawang menjadi layu.

  • Kemudian masukkan air, pewarna kuning serta sos cili Maggie.

  • Tambahkan garam secukupnya.

  • Setelah mendidih, masukkan beras, kacau hingga air hampir kering. Tutup periuk dan kecilkan api.

  • Biar nasi tanak lebih kurang 5 – 7 minit. Tutup api dan biarkan sekejap dalam 5 minit sebelum buka tudung dan kacau rata.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN