cucur crabstick

Jom buat cucur crabstick untuk anak-anak! Sesuai dimakan ketika minum petang atau sarapan. Rasanya seperti cucur ketam yang lazat dan tersangatlah mudah disediakan!

Terdapat pelbagai jenis cucur yang sesuai dijadikan hidangan keluarga seperti gandum, jagung, udang, telur mahupun ikan bilis dan banyak lagi.

Namun kali ini apa kata ibu-ibu cuba membuat cucur crabstick guna tiga bahan mudah ini. Rasanya seperti cucur ketam yang lazat dan tersangatlah mudah disediakan!

Ikuti perkongsian resipi ini dari Cik Puan Faez sangat menarik perhatian ramai. Ada yang mengatakan rasanya sangat sedap walaupun hanya guna tiga bahan.

Baca juga: Cucur Manis Bulat-bulat Sempurna, Tambah 1 Bahan Ini Untuk Rangup Di Luar

Makan pula dengan sos cili Thai atau kuah kacang, fuhhh memang menjadi. Jom cuba!


RESIPI CUCUR CRABSTICK

Bahan-bahan:

  • Tepung bestari + tepung gandum
  • Sebiji telur
  • Crabstick

Cara penyediaan:

1. Bancuh semua bahan sehingga pekat seperti aduanan cucur.

2. Masukkan crabstick ke dalam adunan (celup seperti goreng pisang) dan goreng dengan api yang sederhana.

3. Dah nampak emas keperangan, boleh angkat dan toskan minyak.

4. Siap untuk dihidang!

cucur crabstick


Petang-petang kalau dapat makan cucur yang lembut, gebu dan garing dekat luar memang sedap.

Selamat mencuba!

Baca juga: Cucur Badak Paling Mudah Dan Sedap, Nak Frozenkan Pun Tiada Masalah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN