telur itik

Selalunya orang menggunakan telur itik untuk masak lemak telur. Tapi, tidak ada masalah jika anda ingin menggantikan dengan telur ayam.

Kalau tak tahu cara yang betul, telur boleh pecah semasa dimasak. Ini boleh terjadi sama ada anda gunakan telur ayam atau itik.

Rupanya ada petua mudah untuk memastikan telur tidak pecah dalam kuah masak lemak. Jom kita lihat petua tersebut dalam artikel ini!

Baca juga: Masak Lemak Cili Api Versi Telur Dadar, Resipi Jimat Tak Perlu Guna Ayam!

RESEPI TELUR ITIK MASAK LEMAK

Tips telur tak pecah dalam kuah:

1. Rebus telur terlebih dahulu di dalam air yang dicampur 2 sudu cuka.

telur itik

2. Selepas 1 minit, baru keluarkan telur dan ketepikan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam kuah masak lemak.

telur itik

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 4 biji telur itik
  • 3 inci kunyit hidup
  • 4 biji cili padi
  • Segenggam pucuk labu (dihiris)
  • 3 helai daun kunyit (dihiris)
  • 5-6 biji belimbing buluh
  • Santan secukupnya

Cara-cara memasak:

  1. Tumbuk lumat cili dan kunyit.
  2. Campurkan dengan santan dan reneh sebentar.
  3. Masukkan bahan-bahan yang dihiris.
  4. Tambahkan telur yang telah direbus dan akhir sekali masukkan belimbing buluh.
  5. Tutup api dan hidangkan. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Muhammad Khairul

Baca juga: Cara Buat Ayam Masak Lemak Cili Api Stail Negeri Sembilan, Memang Padu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN