telur dadar goreng tepung

Menjelang hujung bulan, dompet sudah mulai ‘menipis’. Tapi jangan risau, ada banyak menu yang boleh dicuba dengan modal rendah seperti resipi telur dadar goreng tepung ini.

Menu ini hanya memerlukan dua bahan iaitu telur dan juga tepung goreng serbaguna. Hasilnya sangat rangup dan tekstur seperti ayam gunting.

Pertama sekali, telur digoreng seperti membuat telur dadar. Kemudian, telur ini dipotong mengikut saiz yang disukai. Selepas itu, telur disalut dengan tepung dan digoreng sehingga rangup.

Untuk mengetahui cara membuatnya dengan lebih lanjut, jom ikuti perkongsian oleh Eka Zahra di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Tips Telur Dadar Garing & Tak Serap Banyak Minyak, Kena Goreng Ikut Kaedah Ini

TELUR DADAR GORENG TEPUNG

Bahan-bahan:

  • Telur
  • Tepung goreng serbaguna (pedas)

Cara-cara:

1. Goreng telur seperti buat telur dadar.

2. Kemudian, potong telur dadar kepada saiz yang disukai.

3. Ambil tepung goreng serbaguna secukupnya. Kemudian bancuh dengan air. Jangan terlalu cair, cukur sekadar untuk lekatkan telur.

4. Celupkan telur dadar yang sudah dipotong ke dalam bacuhan tepung.

5. Kemudian, golekkan ke dalam tepung serbaguna yang kering. Cara sama seperti buat ayam goreng tepung.

6. Goreng sehingga warna kecoklatan. Angkat dan toskan.

7. Siap! Selamat mencuba.

telur dadar goreng tepung

Kredit resipi dan gambar: Facebook Eka Zahra via Masak Apa Hari Ni

Baca juga: Masak Lemak Cili Api Versi Telur Dadar, Resipi Jimat Tak Perlu Guna Ayam!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN