manfaat pisang bertahi lalat

Rupa-rupanya, ada manfaat pisang bertahi lalat tetapi ramai yang tidak mengetahuinya dan terus buang. Pisang kalau dah lembik dan hitam, mesti ramai yang geli nak makan, betul tak?

Senang kata, jika kondisi pisang itu sudah terlalu lembik pasti orang menganggapnya sudah tidak elok dan hanya layak untuk dijadikan cekodok pisang semata.

Baca juga: Puding Pisang Sos Kastard, Guna Pisang Jenis INI Bagi Lagi Sedap! 

Tetapi tahukah anda, bintik-bintik hitam atau tompok hitam pada pisang itu menandakan 1001 kebaikan buat tubuh badan kita?


MANFAAT PISANG BERTAHI LALAT YANG ANDA KENA TAHU

manfaat pisang bertahi lalat

Sebenarnya, pisang ranum yang memiliki banyak tompok hitam sebenarnya memiliki kandungan TNF-α yang sangat tinggi? Menerusi perkongsian Live Love Fruit, kajian dari pakar Jepun juga menggalakkan kita semua makan sebiji pisang sehari.

Fungsi TNF-α umumnya adalah sejenis protein pengesan sel yang mampu mengawal kekebalan dalam tubuh manusia seterusnya bertindak memulih keradangan dan kawasan jangkitan yang terlibat dalam badan.

Ini seterusnya, akan bantu mengawal penyebaran sel tu mor dan menggalakkan keaktifan opoptosis iaitu sejenis sel pembunuh (bantu bunuh sel kanser).

Kebaikan Lain Makan Pisang Bertompok

Jangan salah faham, tompok hitam yang muncul pada pisang itu adalah kerana keadaan buahnya yang semakin ranum dan masak. Bukan sebab pisang tersebut sudah membusuk sebenarnya. 

Lebih masak buah pisang, lebih banyak tompok gelap, lebih kaya buah pisang tersebut dengan kandungan antioksidan.

Perut lebih mudah hadam pisang yang masak

Tompok hitam pada pisang menghasilkan sejenis elemen dipanggil Tumor Necrosis Factor (TNF) yang mampu membunuh barah serta sel abnormal yang muncul dalam badan manusia.

Lebih Banyak Tompok Hitam, Lebih Manis Isinya

Sebab itu kalau anda perasan, penjaja-penjaja kuih seperti penjual pisang goreng contohnya akan menggunakan pisang yang sudah hitam. Ini kerana, pisang-pisang yang terlebih masak sebegitu akan memiliki rasa yang lebih manis. Memang sedap dibuat kuih atau ramuan dalam masakan seperti kek pisang, penkek, smoothie dan lain-lain.


Jadi, lepas ni, kalau nak beli pisang, cuba cari pisang yang sudah bertahi lalat. Untung-untung, anda boleh dapat banyak manfaat dengan memakannya. Jangan dibuang pula pisang tu kalau dah bertompok nanti!

Semoga bermanfaat.

Baca juga: Rahsia Pisang Goreng Rangup Walaupun Dah Sejuk, Ini Resipi Bancuhan Tepung

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN