Pada masa kini, khidmat pesanan dan penghantaran makanan secara dalam talian bukan sahaja menjadi trend, tetapi juga seakan-akan satu keperluan pula.
Masakan tidak, ia menjimatkan masa kita tanpa perlu keluar membeli makanan dan bersesak-sesak selepas seharian penat bekerja.
Malah, ramai yang menjadikan tugas sebagai penghantar makanan dalam talian itu sebagai kerja sampingan mereka untuk menambah pendapatan keluarga.
Ya, itulah realiti kehidupan sekarang yang memerlukan kemudahan untuk melicinkan rutin harian kita.
Meskipun sudah ada kemudahan sebegitu, sebagai orang Islam, bolehkah kita menghantar makanan yang tidak halal daripada kedai yang tidak mendapat status halal? Apakah hukumnya jika barang makanan tidak halal yang dihantar itu bukan arak?
Sebelum menjawab persoalan berkenaan, perlu kita fahami bahawa rezeki yang halal datangnya daripada jalan yang halal dan tidak syubhah
Walaupun tidak menjual makanan yang tidak halal itu, namun secara tidak langsung seseorang itu terlibat dalam penghantaran makanan yang rata-ratanya adalah haram dan syubhah.
‘Cancel Order’ Lepas Dapat Pesanan Arak
Seperti yang berlaku pada seorang rider foodpanda ini. Menerusi perkongsian di TikTok @irfansafw4n_, dia berkongsikan telah menerima satu pesanan arak.
Namun demi pegangan teguh kepada agama sebagai seorang Islam, beliau telah membatalkan pesanan tersebut demi mendapatkan rezeki yang halal.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memuji dan kagum dengan tindakan rider tersebut. Mereka berpendapat, pesanan arak yang ditolak oleh rider itu merupakan perbuatan yang betul dan tepat.
Lihat video penuh di bawah:
@irfansafw4n_ takpa rezeki Allah itu luas 😁 #foodpanda
Sumber: TikTok @irfansafw4n_